comscore
Tumpuan :
Dunia

Wanita warga emas antara 9 dibunuh tentera Zionis

Foto AFP

TEBUNG BARAT:  Sembilan penduduk Palestin maut termasuk seorang wanita warga emas dalam serbuan besar-besaran tentera Israel dan rusuhan di Tebing Barat.

Tidak cukup dengan itu, tentera Israel turut bertindak biadap melepaskan tembakan gas pemedih mata di sebuah hospital.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan16 individu lain cedera termasuk tiga daripadanya parah dalam ketegangan di kem pelarian di Jenin

Tentera Zionis turut bertindak kejam menghalang pasukan paramedik merawat mangsa dengan menembak ambulans.

Dalam satu insiden lain, tentera Israel menyerbu Hospital Awam Jenin dan sengaja melepaskan tembakan gas pemedih mata di bahagian wad kanak-kanak, menyebabkan sebahagian kanak-kanak mengalami sesak nafas

Pihak tentera Israel yang dihubungi media AFP enggan memberikan sebarang komen lanjut namun hanya mengesahkan serbuan di Jenin.

Keganasan terbaharu ini menjadikan jumlah kematian penduduk Palestin pada tahun ini meningkat kepada 29 orang.  – AFP / AL JAZEERA

Loading...
Terkini