comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga emas antara dua maut akibat puting beliung di A.S.

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT:  Dua terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian puting beliung yang melanda Oklahoma dan Texas.

Menurut Gabenor Oklahoma, Kevin Stitt, mangsa yang terbunuh termasuk lelaki berusia 90 tahun.

Keadaan memaksa darurat disytiharkan di daerah McCurtain, Bryan, Choctaw dan LeFlore.

MCCurtain antara yang paling teruk terjejas menyaksikan lebih 100 kediaman dan premis perniagaan musnah.

Amaran berjaga-jaga terdahulu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk mencari tempat perlindungan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu di Lamar pula, sekurang-kurangnya 10 penduduk cedera dengan dua daripadanya kritikal akibat puting beliung. Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

50 bangunan dilaporkan rosak atau musnah termasuk balai polis.

Manakala di daerah Hopkins pula, empat buah rumah musnah, namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan. – ABCNEWS

Loading...
Terkini