comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga emas korban baharu banjir di Australia

NEW SOUTH WALES, Australia:  Seorang wanita warga emas korban terbaharu banjir kilat di New South Wales.

Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, lelaki berusia 85 tahun sedang giat dijalankan.

Hujan lebat sejak tiga hari lalu menyebabkan tebing sungai pecah dan air melimpah ke kawasan penempatan penduduk

Beberapa kawasan dilaporkan terputus hubungan selain kejadian jambatan yang menghubung beberapa kawasan tenggelam.

Forbes antara kawasan paling teruk terjejas menyaksikan amaran tahap tertinggi dikeluarkan dengan paras air Sungai Lachlan dijangka mencecah paras tertinggi dalam tempoh 70 tahun.

Operasi menyelamat ratusan penduduk dilakukan dengan helikopter dan bot .

Ada penduduk terpaksa menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung dan berbaut pada pokok.

Banjir di Australia tahun ini sahaja telah meragut lebih 20 nyawa. – REUTERS

Loading...
Terkini