comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga Malaysia cuba rogol anak ketika usia 4 tahun dipenjara, sebat

 

Foto hiasan

SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan 16 sebatan selepas mengaku bersalah cuba merogol anak perempuannya sebanyak dua kali ketika berusia empat tahun.

Lelaki warga Malaysia yang pernah bekerja sebagai pelayan makanan di sebuah hospital, mengaku bersalah atas dua pertuduhan cubaan merogol anaknya pada tahun 2013, yang ketika itu berusia antara empat dan lima tahun.

Dalam menjatuhkan hukuman itu, Hakim Pang Khang Chau, mengambil kira beberapa faktor, antaranya usia mangsa dan kecederaan psikologi yang ditimbulkan kepadanya.

Cubaan pertama merogol berlaku ketika isterinya sedang bekerja dan lelaki itu menjaga mangsa dan dua adik lelakinya.

Lelaki itu menyuruh mangsa mengikutnya ke dalam bilik tidur, sebelum mengunci pintu dan cuba merogol selepas memberikan telefon bimbit untuk menonton video.

Beberapa minggu kemudian, lelaki itu sekali lagi cuba merogol mangsa selepas memintanya mengikutnya ke bilik tidur.

Pendakwa Raya berkata, terdapat beberapa percubaan merogol yang lain, namun mangsa tidak dapat memberikan butiran kejadian kerana peredaran masa dan usianya yang masih muda.

Mangsa mengesyaki apa yang dilakukan bapanya terhadapnya adalah salah selepas dia menghadiri ceramah pendidikan seksual.

Kaunselor sekolah dan pegawai perlindungan kanak-kanak dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga kemudian menemubual mangsa, dan membawanya ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak untuk pemeriksaan kesihatan.

Pihak hospital melaporkan kes itu kepada polis pada 27 Januari 2022, dan lelaki itu ditahan pada hari yang sama.

Mangsa menjalani 17 sesi kaunseling antara 12 April dan 7 September pada 2022.

Dalam kenyataan mangsa, gadis itu, yang kini berusia 15 tahun, berkata dia berasa ‘jahat dan bersalah’ selepas polis terbabit dalam kes itu.

Dia juga berasa ‘tidak berdaya’ kerana ibunya terpaksa memikul tanggungjawab keluarga.

Perkara itu mendorong mangsa mencederakan diri dan menghukum dirinya sendiri kerana merasakan dia adalah ‘orang yang jahat kerana menyebabkan semua masalah’.

“Saya menyalahkan diri sendiri untuk segala-galanya,” katanya. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini