comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga Palestin cari mangsa bawah runtuhan

Foto: Reuters

GAZA: Warga Palestin beramai-ramai berusaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan setelah bangunan kediaman mereka dibom rejim zionis di Khan Younis.

Pengeboman tanpa henti Israel dan operasi daratnya diteruskan di Gaza pada hari yang sama setiausaha negara Amerika Syarikat, Antony Blinken tiba di wilayah diduduki Israel.

Blinken seterusnya ke Jordan dalam lawatan rasmi bagi mendengar tuntutan gencatan senjata di Gaza oleh menteri luar negara timur tengah hari ini.

Israel telah melancarkan serangan bertali arus ke Gaza dengan alasan menjejaki anggota Hamas.

Utusan khas Amerika Syarikat, David Satterfield memaklumkan sekitar 1 juta individu telah bergerak menuju ke selatan Gaza, manakala kira-kira 400,000 kekal di utara.

Beliau memberitahu, tiada kejadian Hamas menghalang atau merampas bantuan kemanusiaan seperti yang didakwa.

Loading...
Terkini