comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga Palestin dibom ketika beratur ambil air

FOTO: Reuters

GAZA: Israel terus-menerus bertindak keji apabila dalam kejadian terbaru, mereka bertindak melancarkan roket ke tempat pengambilan air di kem pelarian Jabalia.

Rentetan itu, beberapa rakyat Palestin cedera selain bangunan di kawasan sekitar turut musnah.

Visual yang diperoleh Reuters menunjukkan orang awam membantu sesama sendiri mangsa cedera selain mereka yang berada di bawah runtuhan.

Serangan udara itu dilancarkan tatkala penduduk Gaza bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan ketiadaan bekalan air bersih, makanan dan barangan asas lain.

Kehidupan mereka lebih sukar apabila Israel bertindak mengehadkan kemasukan trak yang membawa bantuan.

Sementara itu di Tebing Barat, operasi ketenteraan diteruskan rejim zionis awal pagi tadi.

Serbuan yang dilakukan di kem pelarian Nur Shams di Tulkarem kini sudah masuk 26 jam.

Warga Palestin menyifatkan operasi ini sebagai penahanan besar-besaran namun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar yang ditahan zionis.

Loading...
Terkini