DAMSYIK: Warga Syria berkumpul di masjid ikonik Umayyad di Damsyik untuk solat Jumaat pada Jumaat buat pertama kalinya selepas Pejuang Pembebasan Syria yang dipimpin oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) menguasai kota itu selepas penyingkiran Bashar al-Assad.
Di dalam halaman masjid, ada yang mengibarkan bendera dan melaungkan slogan sebagai tanda solidariti.
Perdana Menteri Sementara Syria, Mohamed al-Bashir, mengimam solat dan menyampaikan khutbah yang menyeru kepada perpaduan dan belas kasihan
“Anda harus menjadikan Syria sebagai simbol kebebasan. Biarkan Syria menjadi simbol belas kasihan,” kata al-Bashir.
Sejak kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang diketuai oleh Sharaa menumbangkan Bashar al-Assad pada Ahad (8 Disember) dengan dipimpin oleh sebuah pakatan Pejuang Syria, dan pegawai-pegawai mereka
Pentadbiran mereka di sudut terpencil barat laut Syria kini telah berpindah ke ibu pejabat kerajaan di Damsyik.
Pelantikan Mohamed al-Bashir, ketua kerajaan wilayah di kawasan HTS di Idlib, sebagai perdana menteri sementara Syria pada Isnin (9 Disember) mengukuhkan status kumpulan itu sebagai yang paling berkuasa di antara kumpulan bersenjata yang bertempur selama lebih 13 tahun untuk menamatkan pemerintahan kuku besi Assad. REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.