comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Wartawan Al Jazeera maut, jumlah pengamal media terbunuh kini 109 orang

GAZA: Dua lagi pengamal media terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam serangan tentera rejim Zionis masuk hari ke-92 perang Israel-Palestin.

Ini menjadikan jumlah pengamal media terbunuh sejak pergolakan tercetus pada 7 Oktober lalu meningkat kepada 109 orang

Salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai Wael Dahdouh anak kepada Ketua Biro Al-Jazeera di Gaza, Hamza Dahdouh

Ketika kejadian Wael sedang membuat laporan langsung berkenaan situasi terkini di Khan Younis

Malah bukan itu sahaja, rejim Zionis turut bertindak kejam menyasarkan keluarga Dahdouh pada Oktober lalu, apabila isteri, seorang lagi anaknya dan cucu maut dalam serangan di kediaman mereka.

Foto; Reuters

Bulan lalu, Jurukamera Al Jazeera, Samer Abudaqa juga maut dalam serangan tentera rejim.

Sementara itu, Israel dalam kenyataannya mengundang kemarahan pelbagai pihak selepas menyifatkan serangan terbaharu menyasarkan wartawan Al Jazeera dan dua lagi rakan media sebagai suspek pengganas

Tindakan rejim Zionis itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati Majlis Perhubungan Islam Amerika Syarikat yang menggesa Presiden Joe Biden mengutuk tindakan kejam rejim Zionis menyasarkan pengamal media. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini