comscore
Tumpuan :
Dunia

WCK kembali beroperasi di Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Gaza, pada Isnin.

Operasi itu disambung semula sebulan selepas tujuh pekerja badan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu terbunuh rentetan serangan udara Israel.

Sebelum menghentikan operasi, WCK telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di Gaza sejak Oktober, mewakili 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa.

Menurut badan amal berkenaan, ia mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan sedia untuk memasuki Gaza melalui Rafah dan juga akan menghantar trak ke Gaza dari Jordan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCK, Erin Gore, keadaan kemanusiaan di Gaza kekal kritikal dan pihaknya akan memulakan semula operasi dengan tenaga, maruah dan tumpuan untuk memberi makan kepada orang ramai.

Kematian pada 1 April mencetuskan kecaman meluas dan tuntutan daripada sekutu Israel, termasuk Amerika Syarikat untuk mendapatkan penjelasan.

Israel akhirnya mengakui siasatannya mendapati kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh rejimnya.

Justeru dua pegawai kanan dipecat dan komander kanan turut menerima amaran akibat tindakan itu.

Loading...
Terkini