comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Whatsapp’ Shah Rukh Khan rayu lepaskan Aryan berhubung kes dadah tular

FOTO: India Today

MUMBAI: Nama bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menjadi bualan di bibir peminat di India susulan didakwa memberi rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan kes dadah melibatkan anaknya, Aryan Khan.

SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Lebih mengejutkan, perbualan Sameer dan seorang lelaki dipercayai SRK di aplikasi WhatsApp mula tersebar di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

FOTO: India Today

Dalam perbualan itu, SRK menghantar mesej panjang lebar merayu agar nama anaknya digugurkan daripada siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran pada Oktober 2021.

Sesetengah pengguna media sosial percaya bahawa dakwaan berkenaan adalah benar berdasarkan gaya hidup mewah ditampilkan Sameer selain kerap bercuti di luar negara dipercayai menggunakan wang rasuah.

Aryan, 25 tahun, ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.

Kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah oleh agensi itu menamakan 14 tertuduh dalam kes berkaitan tetapi menggugurkan enam yang lain termasuk Aryan kerana kekurangan bukti.

Loading...
Terkini