comscore
Tumpuan :
Dunia

Wilayah bergolak Nagorno-Karabakh musnah teruk

NAGORNO-KARABAKH: Serangan udara yang dilancarkan ke Stepanakert, Nagorno-Karabakh menyebabkan kemusnahan dahsyat di kawasan penempatan itu.

Banyak kenderaan dan kediaman rosak teruk.

Angkatan tentera Azerbaijan bertindak melancarkan serangan ke wilayah dikuasai Armenia, dalam usaha untuk merampas kembali kawasan itu.

Serangan terbaru ini sekaligus meningkatkan tahap ancaman ke atas tetangganya, Armenia.

Karabakh sebenarnya diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wilayah Azerbaijan namun sebahagiannya ditadbir puak pemisah Armenia yang mendakwa sesetengah kawasan adalah milik datuk moyang mereka.

Bunyi letupan jelas kedengaran selain visual serangan turut menyaksikan serangan udara bertali arus berlaku di pekan pergunungan Stepanakert yang dikenali sebagai Khankendi oleh pihak Azerbaijan.

Loading...
Terkini