comscore
Tumpuan :
Dunia

Wisma Putra ucap tahniah kepada Erdogan

 

Foto : Reuters

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pelantikan semula beliau sebagai Presiden Turkiye untuk penggal lima tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dalam ucapan tahniah kepada Erdogan, berkata pengetahuan luas dan kehebatan kepemimpinan beliau akan membuka jalan kepada rakyat Turkiye untuk mengukuhkan lagi perpaduan sebagai sebuah negara yang berkuasa dan dihormati.

“Kementerian Luar berharap dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi selepas hubungan dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Erdogan dipilih semula sebagai Presiden Turkiye pada pilihan raya penentu Ahad lalu, selepas menewaskan Kemal Kilicdaroglu.

Beliau memperoleh 52.14 peratus, manakala pencabarnya mendapat 47.86 peratus undian. – BERNAMA

Loading...
Terkini