comscore
Tumpuan :
Dunia

Xi Jinping tempelak Trudeau

FOTO: REUTERS

BALI: Presiden China, Xi Jinping menempelak Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ketika menghadiri mesyuarat G20 selepas pemimpin muda itu didakwa membocorkan isi perbualan mereka kepada media.

Ketegangan kedua-dua pemimpin itu dilihat berlaku dengan penterjemah mereka di sidang kemuncak berkenaan di Bali, Indonesia.

Menurut sumber, Xi mempersoalkan intipati perbualannya dan Trudeau bocor dengan diketahui media.

Pemimpin negara tembok besar itu juga menyatakan kekesalan kerana menganggap Trudeau tidak jujur dan tidak menghormati hubungan diplomasi mereka.

Xi juga memberi amaran, rentetan tiada kejujuran, sebarang kerjasama dua negara mungkin tidak mudah diputuskan selepas ini.

Trudeau bagaimanapun membalas, negaranya percaya pada dialog yang bebas, terbuka dan berterus terang.

Beliau juga masih lagi dengan pendirian akan meneruskan kerjasama yang dijalinkan dengan China meskipun bakal berdepan beberapa percanggahan pendapat.

Loading...
Terkini