comscore
Tumpuan :
Dunia

Zelensky lantik bekas TPM Vereshchuk sebagai Timbalan Ketua Pejabat

Iryna Vereshchuk.- Foto: Reuters

MOSCOW: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky melantik bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyepaduan Semula Iryna Vereshchuk pada Ahad sebagai Timbalan Ketua Pejabatnya, lapor Sputnik.

Dekri itu diterbitkan di laman sesawang presiden.

Sementara itu, Viktor Mykyta, Ketua Pentadbiran Negeri Wilayah Zakarpattia, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pejabat Zelensky.

Pada Selasa,  Zelensky memecat Timbalan Ketua Pejabatnya, Rostyslav Shurma.

Peletakan jawatan juga dikemukakan oleh Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba, Menteri Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber Asli Ruslan Strilets, Menteri Kehakiman Denys Maliuska, Menteri Industri Strategik Alexander Kamyshin, dan Timbalan Perdana Menteri bagi Integrasi Eropah dan Euro-Atlantik Olha Stefanishyna. Vereshchuk juga mengumumkan peletakan jawatannya.  — BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini