comscore
Tumpuan :
Dunia

Zombi ‘rampas’ perjalanan kereta api peluru Halloween di Jepun

FOTO: Reuters

TOKYO: Kewujudan Zombi mengejutkan penumpang di dalam sebuah kereta api peluru yang sedang bergerak pada Sabtu (19 Oktober), dalam acara yang dibanggakan penganjur sebagai pementasan “rumah berhantu” pertama di dunia di rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Jepun.

Perjalanan kira-kira 140 minit itu, mengenakan harga tiket dari 33000 yen (lebih kurang 220 USD) hingga 55000 yen (lebih kurang 367 USD), menghubungkan ibu kota negara itu Tokyo dan Osaka, di mana taman tema Universal Studios Jepun yang sedang menganjurkan perayaan Halloween.

Krew ‘hantu’ melayan 40 penumpang dengan sihir serta persembahan lain.

Penganjur acara berkata bahawa ia berharap akan dapat untuk mengadakan lagi acara serupa tahun depan semasa perayaan Halloween, tetapi dengan menggunakan karektor raksasa Yokai Jepun. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini