comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Airil belajar azan dari TV dan YouTube

Mohd Airil Haiqal Hafizal bersama hadiah yang dimenangi selepas muncul juara Pertandingan Azan Kanak-Kanak di pekarangan Surau Azzakirin Kampung Penarak, Langkawi. FOTO: NSTP

LANGKAWI: Minat mendengar azan di televisyen (TV) sejak kecil membawa tuah kepada Mohd Airil Haiqal Hafizal apabila muncul juara Pertandingan Azan Kanak-Kanak di sini, hari ini.

Jelas Mohd Airil Haiqal, 13, anak sulung daripada dua beradik bagi mendapatkan teknik dan gaya melaungkan azan yang baik, dia juga banyak belajar dari YouTube terutama daripada video ‘Azan Jiharkah’ oleh penyanyi Furqan Fawwaz.

Kejayaan itu membolehkan Mohd Airil Haiqal membawa pulang wang tunai RM150, trofi, hamper dan sijil penghargaan.

Mohd Airil Haiqal Hafizal menerima hadiah disampaikan Imam Masjid Al-Hana, Mohd Dzaher Saad selepas muncul juara Pertandingan Azan Kanak-Kanak di pekarangan Surau Azzakirin Kampung Penarak, Langkawi. FOTO: NSTP

“Pertama kali masuk pertandingan memang rasa berdebar. Berbekalkan kemenangan ini saya berhasrat menjadi muazin di mana-mana masjid besar apabila besar nanti,” katanya.

Pertandingan disertai 16 peserta dan berlangsung di pekarangan Surau Azzakirin Kampung Penarak di sini.

Tempat kedua yang menawarkan wang tunai RM100 dimenangi Mohd Haziq Mohd Hafizal dan ketiga, Shamsul Arif Ilfi Zamzuri (RM70).

Masing-masing turut pulang bersama trofi, hamper dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Iman Masjid Al-Hana Kuah, Mohd Dzaher Saad.

Sementara itu, pengerusi penganjur, Marzuki Ibrahim berkata pertandingan julung kali itu bertujuan mengisi masa terluang kanak-kanak pada musim cuti persekolahan, selain menjadi inisiatif bagi melahirkan pelapis muazin.

Loading...
Terkini