comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

IPD Jerantut agih 1,050 bungkus bubur lambuk

Polis Jerantut mengagihkan bungkusan bubur lambuk kepada orang ramai, hari ini. – Foto: NSTP

JERANTUT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut mengagih kira-kira 1,000 bungkus bubur lambuk kepada penduduk di bandar ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata dana untuk menyediakan juadah itu daripada sumbangan pegawai dan anggota IPD di sini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang mesra antara Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan orang awam.

“Program penyediaan bubur lambuk sebagai serampang dua mata menjalinkan kerjasama erat antara pegawai dan anggota balai serta dengan komuniti setempat bagi membantu pencegahan jenayah serta jaminan kesejahteraan dan keselamatan.”

Proses memasak bermula pada jam 10 pagi melibatkan enam kawah bubur lambuk dilakukan secara bergotong-royong oleh 50 orang ketua bahagian, pegawai kanan, anggota rendah serta ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Jerantut.

Azman berkata seramai 30 orang pegawai serta anggota yang sama terlibat mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk yang berkenderaan yang melalui pekarangan balai polis di bandar lama Jerantut mulai pada jam 4 petang.

Seorang penerima bubur lambuk, Ismail Saad, 47, berkata program seperti ini sangat baik dan perlu diadakan secara tahunan bukan sahaja PDRM, sebaliknya semua agensi kerajaan dan swasta bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

“Selain itu, ibarat berkongsi rezeki antara penyumbang dengan orang ramai, walaupun sekadar bubur lambuk tetapi sangat bernilai dari sudut sedekah terutama di bulan mulia ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini