comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Kelab Media Prima candat 50 kilogram sotong 

MARANG: Musim mencandat sotong kembali di Terengganu dengan kehadiran ramai kaki pancing dari seluruh negara.

Tidak terkecuali 40 kaki pancing dari Kelab Media Prima.

Aktiviti mencandat sotong kali ini meriah berbanding tahun lalu, dengan masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong selepas berjaya mencandat hamipr 50 kilogram sotong.

Menerusi kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, peserta yang mengambil bahagian menaiki empat buah bot dari Marang ke perairan Pulau Kapas.

Pengarahnya, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan dari Kelab Media Prima sempena musim mencandat sotong, sekaligus dapat menjana ekonomi pengusaha bot di Daerah Marang.

Bagi yang kali pertama menyertai aktiviti candat, ada juga yang mabuk laut.

Bagaimanapun, hasil lumayan yang diperolehi dibahagikan dan cukup untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Turut menyertai aktiviti itu, Pengerusi Kelab Media Prima, Khairuzzaman Mohammad.

Katanya, aktiviti itu bukan sekadar hobi malah dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli kelab.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini