comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Unik bunyi bedil, tanda masuk waktu berbuka dan berakhir waktu sahur

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Penduduk di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tidak perlukan jam ketika waktu berbuka puasa dan sahur di bulan ramadan kerana bunyi bedilan bunga api pada waktu berbuka puasa dan sahur menjadi panduan masuk waktu berbuka dan ber­akhirnya sahur.

Penggunaan bedil di bulan ramadan cukup sinonim dan menjadi tradisi penduduk di negeri itu.

“Tiada jam pun tidak mengapa, bunyi bedil sudah cukup menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa,” kata Mohammad Amir Safwan Saidi, penduduk di Kampung Pak Katak, Kuala Nerus.

Jika puluhan tahun lalu sebelum pengunaan bedil di Buikit Panoraman, renta atau loceng di Bukit Puteri digunakan bagi tujuan itu,

Zaman berganti zaman, pengunaan bedil lebih relevan kerana bunyinya yang kuat sehingga boleh di di dengar di pesisir laut bandaraya Kuala Terenganu.

Bunyi bedilan itu dikatakan turut boleh didengari sehingga 20 kilometer dari lokasi letupan itu dilakukan termasuk di Bukit Payung, Marang.

Menurut Penyelia Piroteknik Red Flame Special Effect Sdn. Bhd. Shafuan Shafie, 38, yang diberi tanggungjawab untuk meletupkan bedil itu sekitar jam 6.30 petang dan 4.30 pagi dia akan menaiki bukit yang berketinggian kira-kira 600 meter dari aras laut untuk meletupkan bedil tersebut.

Katanya tugasan itu telah dilaksanakan sejak 17 tahun lalu dimana tembakan bedil sebanyak sekali akan dilepaskan ketika masuk waktu berbuka puasa dan sebanyak dua kali ketika waktu imsak.

Shafuan berkata sepanjang melaksanakan tugasan itu masalah teknikal menyebabkannya terlewat hampir dua minit melutupkan bedil berkenaan.

Anak kelahiran kedah itu berkata tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi menjaga signal berbuka puasa dan bersahur dilaksanakan sebaik mungkin apatah lagi itu keunikan yang terdapat di negeri Terengganu setiap kali Ramadan.

Bunyi bedil turut dinantikan penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Yap Yiow Chin yang tinggal berdekatan dengan Bukit Panorama, dia sudah terbiasa dengan bunyi bedil yang kuat ketika ramadan

“Saya duduk dekat sini bedil ni memang kuat la bunyi, kekuatan bunyi tu seolah-olah tanah yang kita pijak pun bergegar” katanya.

Ahmad Aiman Abdullah pula berkata, penggunaan bedil adalah satu keunikkan di Terengganu.

“Kalau Terengganu memang kita dengar bedil di bulan ramadan itulah satu keistimewaan negeri ini” ujarnya.

Bedilan bunga api itu juga diteruskan sehingga tamat ibadah sunat puasa enam dan keunikan itu sekali gus menyerikan suasana berpuasa di Terengganu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini