comscore
Tumpuan :
Hiburan

30 lagu berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: 30 lagu bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung 15 Disember sehingga 17 Disember ini.

Penerbit Eksekutif SFMM 38, Sufian Che Isa menyifatkan penyertaan penyanyi, penulis lirik serta komposer lagenda yang mempertandingan pelbagai genre muzik pada kali dilihat menjadikan saingan lebih menarik dan sengit.

“30 lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Muzik-Muzik ini mempunyai ada kepelbagaian yang menjadikan ia ‘cukup rencah’.

“Kita ada komposer baru dan lama, penyanyi baru dan lama seperti  Wany Kayrie dan Aisha Retno yang pertama kali memasuki SFMM38 dan penyanyi lagenda seperti Liza Hanim, Datuk Jamal Abdillah dan Ziana Zain,” katanya kepada Buletin TV3.

Kelainan lain ujar Sufian, SFMM38 turut memperlihatkan lebih banyak saingan lagu duet dan berkumpulan.

“Istimewa SFMM38 pada kali ini juga adalah setiap episod dimeriahkan persembahan penyanyi jemputan berbeza iaitu Noraniza Idris, Akim & The Majistret dan Search”, katanya.

SFMM38 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, bakal bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Ia dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Berikut senarai lagu yang bakal berentap di SFMM38:
1.Inilah Jalannya – Masdo
2.Kalam – Shiha Zikir
3.Sutera – Aisha Retno
4. Bintang – Hael Husaini
5.Korbankan Kita – Mojo
6.Aku, Hati & Perasaan – Haqiem Rusli
7.Menyantunkan Kasih – Siti Nordiana
8.Cinta Sahabiyah – Datin Alyah
9.Sejuta Maaf – Liza Hanim
10.Astana – Ernie Zakri
11.Kaulah Syurga – Khai Bahar & Lia Aziz
12.Racun – Elica Paujin ft. Dem Lepak Boyz
13.Kucuma – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
14.Berubah – De Fam
15.Waktu – Ziana Zain & Hasif Upin
16.Ilusi – Marsha Milan ft Hazama
17.Alah Bisa – Amira Othman ft Faizal Tahir
18.Cinta Hanya Buatan – Afieq Shazwan & Muna Shahirah
19.Budi – Kmy Kmo, Luca Sickta ft Sufian Suhaimi
10.Selagi Ku Ada – Khai Bahar & Nabila Razali
21.Oh Wanita – Khai Bahar
22.Tusuk – Shiha Zikir
23.Hasrat – Amir Jahari
24.Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
25.Bahagia Milik Kita – Syamel
26.Kamu Kamu – Wany Kayrie
27.Dua Darjat – Blacl Hanifah
28.Darah – Marsha Milan
29.Di Sebalik Rahsia – Haqiem Rusli
30.Santai – Faizal Tahir

Loading...
Terkini