Tumpuan :
Dunia Seni

4 bintang muda gugur, Top 10 teruskan perjuangan CSOIAM

KUALA LUMPUR: Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) semalam menyaksikan Top 14 berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila empat bakat muda terpaksa meninggalkan pentas, iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat.

Walaupun telah membuat persembahan yang baik semalam dan menerima komen positif daripada pihak juri, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Malam semalam menyaksikan setiap peserta cuba menyampaikan tugasan lagu dengan sepenuh hati, namun Marygrace antara yang paling mencuri perhatian menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Walaupun mengakui kesukaran untuk memahami maksud di sebalik lirik puitis lagu itu pada awalnya, Marygrace berjaya membuktikan kemampuannya dengan membawa lagu itu dengan versinya sendiri, malah mendapat pujian atas kebolehannya menyampaikan emosi yang begitu mendalam sehingga mampu menyentuh hati penonton.

Peserta paling ‘FIZZ’ minggu ini pula dinobatkan kepada Jimi selepas mendendangkan lagu Di Penjara Janji dengan persembahan yang penuh tenaga, kekuatan vokal dan keaslian pada nada rendah.

Kemenangan itu membuka peluang keemasan buatnya berduet bersama penyanyi, penulis lagu, dan komposer terkenal, Aina Abdul, bagi tugasan minggu hadapan, membawa dimensi baharu kepada persembahannya.

Selain kedua-dua itu, lapan peserta lain yang bakal bersaing pada konsert minggu ketiga Ahad depan, adalah Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Marian, Kai Deva, Alya Mardien, Dayangku Iffah dan Rezza Shah.

Cabaran baharu menanti 10 peserta yang akan berentap mengikut tema ‘Rasa Paling Indah’, menjanjikan hiburan yang penuh dengan irama kegembiraan.

Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian berada di tangan awam, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.

Saksikan Keajaiban Episod Ketiga CSOIAM

Saksikan keajaiban episod ketiga Calpis Soda One In A Million yang pastinya tidak ingin anda lepaskan.

Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah.

Penonton juga bakal merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini