comscore
Tumpuan :
Hiburan

ABPBH 36: KJ dinobat sebagai penyampai radio popular

 

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Fenomena dicetus sebaik mula bersiaran di konti Hot FM pada 15 Februari tahun lalu, mengangkat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, 48, sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

Khairy atau mesra disapa KJ menewaskan penyampai radio lain yang lebih berpengalaman iaitu Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Sharifah Shahirah.

Kemenangan Khairy yang terkenal dengan kempen #KJJadiDJ dan #MenangSelfieMenang Undi’ bagai sudah dijangka, mengambil kira sambutan hangat diberi kepada beliau sejak mula bertugas dengan Hot FM.

Tidak cukup bertemu pendengar secara bersemuka bersama kru Bekpes Hot, kempen melobi Khairy sebagai Penyampai Radio Popular dihangatkan dengan mendapatkan khidmat vokalis Butterfingers, Emmet menyanyikan lagu khas, Menang Selfie Menang Undi.

Lebih setahun bertugas di Hot FM, Khairy mempunyai aura tersendiri untuk membuat pendengar terhibur dengan celotehnya yang bersahaja. Karisma sebagai bekas pemimpin juga terserlah terutama ketika membicarakan topik serius menerusi slot kendaliannya.

Suara Khairy buat kali pertama berkumandang di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada 15 Februari tahun lalu.

Khairy dilapor mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal pada 9 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, kategori Penyampai Radio Popular dimonopoli DJ Lin yang meraih trofi berkenaan pada edisi ABPBH ke-29, 32, 33 dan 34. Tahun lalu, pada edisi ke-35, Tyzo diumum Penyampai Radio Popular.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini