NEW YORK: Bintang sensasi Blackpink, Lisa menyerlahkan sisi bintang rocknya dalam persembahan solo pertamanya di Anugerah Muzik Video MTV 2024.
Berpakaian serba merah, penyanyi rap Thailand berusia 27 tahun ini membuka persembahan dengan dua lagu singlenya “New Woman’ dan ‘Rockstar’.
“Dua tahun lalu, Lisa menyinari pentas dengan kumpulan K-pop Blackpink. Malam ini dia membuat penampilan pertama VMA sebagai artis solo. Dan dia ‘sliving’ ”, usik ikon pop Paris Hilton semasa memperkenalkan artis seterusnya yang akan membuat persembahan.
Lisa atau Lalisa Manobal, memulakan persembahan lagu barunya bersama kolaborasi penyanyi Rosalia, sebelum menyertai kumpulan penari di tengah pentas.
Dia kemudian mempersembahkan lagu ‘Rocktar’ dengan gimik api sebagai latar belakang, dan melakukan koreografi gitar udara.
“Rockstar” mendapat empat anugerah di Anugerah Muzik Video tahun ini: K-pop Terbaik, Penyuntingan Terbaik, Arahan Seni Terbaik dan Koreografi Terbaik. Sebagai ahli Blackpink, Lisa ialah pemenang empat kali di VMA, dengan kumpulan itu membawa pulang Lagu Musim Panas pada 2020 (How You Like That), Persembahan Metaverse Terbaik pada 2022 (Blackpink: The Virtual), dan Koreografi Terbaik (Pink Venom) dan Kumpulan of The Year pada 2023.
Kedua-dua “Rockstar” dan “New Woman” mencapai Billboard Hot 100 awal tahun ini, masing-masing memuncak di No. 70 dan No. 97 setakat ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.