comscore
Tumpuan :
Hiburan

Ashraf Sinclair meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ashraf Sinclair, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Menurut portal berita KOMPAS.com, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

“Serangan jantung,” kata Doddy, melalui pesanan ringkas awal pagi ini.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan ramai orang dan laman Instagram arwah menerima banyak ucapan takziah.

Begitu juga di laman Instagram BCL, di mana ramai rakan artis menyampaikan ucapan takziah.

Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Loading...
Terkini