comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Azhan tak tolak kuat, saya yang salah ‘mendarat’ – Fasha Sandha

Azhan berkongsi foto di Instagram (IG) sebelum insiden kemalangan membabitkan Fasha di set penggambaran telefilem Anak Tuan di Johor Bahru, kelmarin. – FOTO: Azhan Rani/Instagram

KUALA LUMPUR: Fasha Sandha yang cedera ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan bersama Azhan Rani di Johor Bahru, Johor, kelmarin, berharap peminat tidak menyalahkan rakan gandingannya itu atas apa yang terjadi.

Melalui rakaman suara yang dimuat naik Azhan di Instagram (IG), antara lain, Fasha menjelaskan Azhan tidak menolaknya dengan kuat ketika adegan itu dilakonkan.

Fasha juga meminta temannya itu agar tidak risau dengan tuduhan dilemparkan pihak yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di set penggambaran.

Melalui perkongsian IG itu, Azhan juga memaparkan foto dirinya menziarahi aktres terbabit di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, hari ini.

“Abang jangan risau, orang kata abang tolak kuat, sebenarnya tak kuat pun, video semua ada. Itu hanyalah andaian orang sahaja, mereka yang bukan dalam industri tidak tahu pun.

“Sebenarnya, abang bukan tolak betul-betul, sebaliknya hanyalah lakonan. Saya yang tolak badan dan ‘mendarat’ di tempat salah. Lagipun, benda sudah jadi, hendak buat macam mana,” kata Fasha melalui rakaman suara itu.

Fasha juga berjanji membuat kenyataan mengenai kemalangan itu, tidak lama lagi.

“Insya-Allah saya akan beri kenyataan sehari dua lagi. Buat masa ini, saya tidak boleh menulis sebab apa yang saya taip akan jadi ‘double’ (terlihat dua lapis).

“Hendak cari nombor telefon pun susah. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja apabila bengkak sudah hilang,” katanya.

Kelmarin, Fasha Sandha berkongsi klip video kemalangan kecil di set penggambaran telefilem Anak Tuan arahan Along Kamaluddin.

Melalui paparan rakaman video itu, Fasha dilihat meraung kerana menahan kesakitan daripada kecederaan dialami.

Berikutan itu, Azhan dikecam netizen yang mendakwa dia bertindak keterlaluan dalam menghidupkan babak berkenaan.

Tindakan Azhan yang berdiam diri selepas insiden itu turut dicemuh netizen. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini