comscore
Tumpuan :
Hiburan

Barbie kalahkan Wonder Woman, Captain Marvel

KUALA LUMPUR: Filem ‘Barbie’ menjadi filem adaptasi ‘live-action’ pertama arahan wanita yang berjaya masuk dalam senarai filem dengan kutipan melebihi AS$1 bilion (RM4.5 juta).

Pencapaian hasil tayangan di seluruh dunia itu sekali gus menyaingi beberapa filem lain seperti ‘Teenage Mutant Ninja Turtles,’ ‘Meg 2,’ dan ‘Oppenheimer’.

Filem arahan Greta Gerwig itu memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini, sekali gus mencecah lebih AS$460 juta di Amerika Utara dan melepasi AS$1 bilion di seluruh dunia.

Bahkan melalui kutipan tertinggi di Amerika Syarikat juga, filem lakonan Margot Robbit dan Ryan Gosling itu berjaya mengatasi ‘Wonder Woman’ dan ‘Captain Marvel’.

Di Malaysia, filem yang terkenal dengan tema ‘pink’ itu mula ditayangkan sejak 20 Julai lalu, dengan kebanyakan peminat yang menontonnya hadir mengenakan busana merah jambu.

Loading...
Terkini