comscore
Tumpuan :
Hiburan

Chris Rock Ditampar Will Smith

Foto : AFP

Pelawak, Chris Rock ditampar oleh pelakon, Will Smith di acara Academy Awards ke-94 (Oscars) berpunca dari lawak kurang ajar Rock.

Ketika kejadian Rock yang pada ketika itu muncul sebagai penyampai anugerah Dokumentari Terbaik mempersenda penampilan Jada Pinkett Smith yang botak.

Menuju ke tempat duduknya, Smith dilihat berjalan sampai memberi amaran kepada Rock supaya tidak mempersenda isterinya.

Rock sebelum itu mempersenda Pinkett dengan menggambarkannya sebagai watak wanita berkepala botak dalam filem GI Jane 2 lakonan Demi Moore.

Selepas ditampar, Rock sekali lagi menjelaskan kepada Smith bahawa itu hanyalah lawak mengenai filem GI Jane 2, namun Smith tetap melontarkan amaran sama.

Pinket yang berada di tempat duduk penonton hanya mampu memberikan ekspresi jelingan ‘rolling eyes’ tanda rasa menjengkelkan dengan sikap Rock.

Loading...
Terkini