Tumpuan :
Dunia Seni

CSOIAM: Siapa bakal menjadi pasangan duet terhebat minggu keenam?

KUALA LUMPUR: Lima minggu bersiaran, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus menjadi fenomena luar biasa dan menjadi tontonan hiburan utama di kaca televisyen, dan di media sosial dengan persembahan memukau setiap minggu.

Episod kelima minggu lalu menjadi momen penting dengan persembahan berkualiti dan komen tajam daripada barisan juri tetap, Datuk Yusry, Ziana Zain, dan Cakra Khan.

Lebih mengejutkan, tiada penyingkiran peserta sekali gus menuntut Top 6 membawa momentum menuju episod keenam yang bertemakan Saling Menyengat, Fizz Sangat.

Top 6 CSOIAM ketika ini adaklah Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva yang akan berkolaborasi dengan penyanyi popular tanah air seperti Marsha Milan, Shiha Zikir, Aisha Retno, Haqiem Rusli, Amir Masdi, dan Khai Bahar.

Berikut merupakan senarai peserta dan rakan duet untuk minggu keenam:

Mariam & Marsha Milan – Cinta
Kai Deva & Haqiem Rusli – Di Alam Fana Cinta
Zazleen & Shiha Zikir – Jangan Kau Mimpi
Marygrace & Aisha Retno – Sinaran
Jimi & Amir Masdi – Nur Nilam Sari
Eylia Guntabid & Khai Bahar – Dua Insan Bercinta

Pada masa sama, pembukaan episod keenam akan dimeriahkan dengan persembahan penuh tenaga daripada Alif Satar & The Locos. Alif, selaku alumni One In A Million musim pertama, Alif Satar juga berperanan sebagai juri jemputan bersama panel tetap.

Stacy juga bakal memukau pentas dengan dua lagu popularnya, Pakai Buang dan Menyala.

Sebanyak 40 peratus keputusan ditentukan melalui undian penonton, manakala baki 60 peratus adalah daripada penilaian juri profesional.

Penonton boleh mengundi melalui tiga cara, termasuk pendaftaran baharu di Tonton, undian tambahan untuk pengguna sedia ada, dan pembelian produk Calpis di Shopee.

Selain siaran langsung pada setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3, peminat juga boleh mengikuti sorotan perjalanan peserta dalam Fizz Journal mulai 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini