comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Filem Reeza tampilkan sisi berbeza Sophia

Oleh: Izzatie Rizan

SERI KEMBANGAN: Sering tampil dengan imej ayu, pelakon sensasi Sophia Albarakbah memberitahu filem terbaharunya bergenre romantik komedi aksi, Reeza akan menampilkan sisi berbeza pelakon itu.

Membawa watak sebagai Myra, Sophia melakukan babak aksi lasak tanpa bantuan ‘stuntman’ hingga mengalami lebam di kaki serta tangan.

Ditemui Buletin TV3 di set penggambaran filem Reeza, Sophia berkata sudah sampai masanya dia melangkah jauh dalam bidang lakonan.

Untuk itu, meskipun pihak produksi menyediakan pelakon aksi lagak ngeri di lokasi penggambaran, dia memilih untuk melakukannya sendiri.

“Memang pengalaman yang sangat berbeza daripada watak-watak yang sering saya dapat sebelum ini. Dalam Reeza semua babak aksi saya lakonkan sendiri.

“Watak Myra adalah watak yang paling lasak saya pernah terima. Bagi saya inilah masanya saya keluar daripada zon selesa Sophia Albarakbah.

“Selain banyak babak pergelutuan, Ada babak yang saya perlu melompat di atas lori yang bergerak,termasuk bawa kereta driff, filem ini memang lain daripada yang lain,” katanya.

Sophia mendakwa, dia turut berdepan cabaran besar membawa watak Myra.

Selain melakukan babak lagak negeri sendiri, 80 peratus penggambaran dilakukan di luar dan berdepan dengan cuaca panas.

Dalam filem arahan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri itu, Sophia berganding dengan pelakon Alif Satar selaku teraju utamanya.

Turut melakukan aksi ‘stunt’ untuk filem berkenaan, Alif memberitahu dia puas melakukan aksi lasak dalam Reeza.

” 95 peratus aksi lagak ngeri saya lakukannya…walaupun Abang Ahmad Idham rasanya lebih baik orang lain (pelakon lagak ngeri) yang buat. Tapi saya cakap, saya mahu lakukannya.

“Nak tahu sesusah mana aksinya, kena tunggu,” katanya sambil berseloroh.

Filem Reeza terbitan Grand Brilliance Studio Sdn Bhd, mengisahkan watak Reeza lakonan Alif Satar yang berubah 360 darjah selepas menyelamatkan Myra yang dijumpainya dalam bonet sebuah kereta.

Sejak itu dia dan Myra menjadi buruan lelaki-lelaki misteri.

Reeza akan menemui penonton di pawagam hujung tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini