comscore
Tumpuan :
Hiburan

GSC, TGV Umum Filem ‘Thor’ Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

PETALING JAYA: Operator pawagam di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) hari ini mengumumkan bahawa filem Thor: Love And Thunder’ tidak akan ditayangkan di negara ini.

“Sila maklum bahawa Disney telah mengemas kini bahawa Thor: Love And Thunder dari Marvel Studios tidak akan ditayangkan di Malaysia,” kata kenyataan GSC menerusi Facebook.

TGV menerusi ciapan ringkas di Facebook pula dipetik berkata “Thor: Love and Thunder- sorry guys”.

Filem dibintangi Chris Hemsworth itu pada asalnya dijadual ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai.

Bagaimanapun, pada 1 Julai lalu GSC mengumumkan bahawa tayangan filem itu ditangguhkan kepada 21 Julai.

Kemudian pada 13 Julai, GSC mengumumkan bahawa filem itu telah ditangguhkan sekali lagi tanpa sebab penangguhan yang diberikan oleh Disney.

Filem itu dipercayai menyamai sebuah lagi filem Disney, ‘Lightyear’, yang telah dikeluarkan daripada jadual pawagam Malaysia pada Jun lalu.

Keputusan itu selepas Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) menjelaskan bahawa Disney adalah pihak yang membuat keputusan untuk tidak menayangkan ‘Lightyear’ di Malaysia setelah enggan mematuhi beberapa syarat tertentu, termasuk menyunting bahagian yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Loading...
Terkini