comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

‘Hasrat’ Amir Jahari rangkul juara AJL38

KUALA LUMPUR: Penyanyi berbakat besar, Amir Jahari dinobatkan juara di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) dengan lagu ciptaannya, Hasrat.

Kemenangan lagu runut bunyi filem Imaginur itu melayakkan Amir memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.

Naib juara AJL38 menjadi milik lagu Sutera nyanyian dan ciptaan Aisha Retno dan MFMF. Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Manakala lagu yang memenangi tempat ketiga pula menjadi milik Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.

Aina turut mempertahankan kategori vokal terbaik buat tahun ketiga berturut-turut, melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Bagi kategori persembahan terbaik pula, hasil daripada undian penonton membuahkan rezeki sekali lagi buat Aisha apabila diumumkan sebagai pemenang sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.

AJL38 dengan tema ‘Muzikaverse’ disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil, sebentar tadi.

Loading...
Terkini