comscore
Tumpuan :
Dunia

Hrithik Roshan, Deepika Padukone dikecam kerana adegan bercium  

PETALING JAYA: Gandingan pelakon tinggi lampai Bollywood, Hrithik Roshan dan Deepika Padukone menerusi filem terbaharu mereka ‘Fighter’ mengundang kecaman penggemar filem Hindi.

Ini ekoran adegan berkucupan antara dua pelakon sensasi itu yang dianggap melampau dan melanggar sensitiviti awam.

Babak tersebut juga tular di media sosial.

Selain itu seorang anggota Angkatan Udara India (IAF) membuat laporan polis terhadap pembikin filem tersebut.

Menerusi film berkenaan, Hrithik dan Deepika berperanan sebagai perwira IAF, sekali gus dianggap sesuatu yang mencemarkan seragam dihormati itu.

Ini kerana kedua-dua bintang ternama itu berkucupan dengan mengenakan pakaian seragam dan secara tidak langsung memalukan pasukan keselamatan India.

Namun perkara itu disangkal sutradara, Siddharth Anand yang mengatakan pihaknya telah meminta pandangan pelbagai pihak sebelum menghasilkan filem berkenaan.

“IAF juga antara rakan kerjasama dalam filem ini dan melalui prosedur yang sangat teliti bermula skrip sehingga kepada kerja penerbitan.

“Fighter juga lulus tapisan daripada badan penapisan wajib, sekali gus menunjukkan tiada isu memalukan atau sebagainya,” katanya.

Hrithik sebelum ini pernah berdepan kontroversi sama iaitu pada tahun 2006 menerusi filem Dhoom 2, yang mana menyelitkan babak bercium penuh ghairah dengan pelakon cantik Aishwarya Rai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini