comscore
Tumpuan :
Hiburan

Jamal Abdillah mohon maaf, minta masyarakat buat penilaian wajar

Datuk Jamal Abdillah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 63, memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik sebuah video berbaur isu politik kelmarin sehingga menimbulkan banyak reaksi tidak senang.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata dia sebenarnya mendengar kata-kata orang mengenai isu-isu yang diutarakan itu dan pernah ditularkan dulu.

“Dengan rasa rendah diri, saya mohon ribuan ampun dan maaf pada seluruh rakyat Malaysia kerana saya ‘spin’ hal itu dalam tidak mengetahui (hal sebenar).

“Sebagai seorang rakyat Malaysia, memanglah kita tidak mahu perkara-perkara ini berlaku. Apapun pada parti itu khususnya, ribuan mohon maaf kalau saya buat kesilapan kerana perkara itu pernah tular dahulu.

“Dalam perbincangan dengan kawan-kawan, perkara itu pernah diutarakan. Dan saya tanpa ada pengetahuan mengenai politik, hanya kerana kebimbangan terhadap generasi akan datang, saya buat video,” katanya.

Penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu mengakui dia juga tidak sepatutnya membuat video berkenaan.

“Walau bagaimanapun, saya harap peminat yang menonton agar kita sama-sama mempertimbangkan, nilaikan adakah benar apa saya cakap itu.

Pernahkah terjadi terpulang kepada masing-masinglah.

“Semoga dengan pencerahan ini, tiada ada lagilah teguran-teguran yang saya ini memfitnah kerana perkara itu tular empat lima tahun lalu. Sebagai bapa, bimbanglah juga perkara itu berlaku kan,” katanya.

Terdahulu, Jamal tampil dengan sebuah video berkongsi buah fikiran peribadi mengenai pilihan raya umum akan datang..

Dia menyentuh mengenai surau yang tak boleh diazankan serta sekolah-sekolah tahfiz nak dihapuskan.

Jamal turut memetik sebuah nama parti dan menafikan tujuannya bukan menyentuh pasal perkauman.

Dia turut meminta orang ramai menilai dengan tenang setiap kempen politik yang bertebaran di media sosial. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini