Anggota kumpulan K-pop sensasi, BLACKPINK, Jisoo disahkan sedang bercinta.
Perkara itu disahkan agensi yang mewakili BLACKPINK, YG Entertainment.
Awal hari ini, beberapa portal media Korea Selatan melaporkan, Jisoo atau nama sebenarnya Kim Ji-soo, 28 tahun kini menjalin hubungan dengan aktor, Ahn Bo Hyun.
Mereka dikatakan sering menghabiskan masa bersama, ketika penyanyi itu tidak berada di luar negara atas urusan kerja.
Turut didedahkan, gambar mereka secara berasingan di luar kediaman Jisoo.
Dalam kenyataan serupa dengan FN Entertainment yang mewakili Bo Hyun, YG menyatakan, kedua-dua selebriti itu sedang mengenali antara sama lain dan mengharapkan peminat dapat memberi sokongan kepada mereka.

Ini adalah kali pertama anggota BLACKPINK disahkan menjalin hubungan cinta.
Sebelum ini, Jisoo pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lain termasuk bintang bola sepak, Song Heung-min.
Namun kesemuanya pantas dinafikan oleh YG.
Jisoo ketika ini sibuk dengan konsert jelajah dunia BLACKPINK.
Bo Hyun, 35 tahun popular menerusi lakonannya dalam K-drama seperti ‘Military Prosecutor Doberman’, ‘Yumi’s Cells’ dan terbaharu, ‘See You in My 19th Life’ yang sedang ditayangkan di Netflix.