comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Kakak ipar sahkan Marissa, Aslam bernikah di Thailand, isteri pertama enggan komen

KUALA LUMPUR: Kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial itu di Songkla, Thailand pada Disember lalu.

“Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” jawab wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu ringkas.

Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.

Sementara itu, isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan atau Misya enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan suaminya berkahwin dengan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim pada Disember lalu.

“No comment (tiada komen),” kata Misya ketika dihubungi media.

“Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka. Maafkan saya,” katanya.

Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini