comscore
Tumpuan :
Hiburan

#KJJadiDJ : 5.78 juta ‘engagement’ di media sosial

PETALING JAYA: Gaya spontan serta bersahaja Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih mesra dikenali sebagai KJ ketika menggalas tanggungjawab sebagai penyampai Hot FM semalam nyata berjaya menambat hati ramai.

Menampilkan aura serta kelainannya tersendiri, bekas Menteri Kesihatan itu tidak kekok ketika berceloteh dalam segmen Bekpes Hot sekali gus menggamatkan pagi di konti stesen radio popular itu.

Foto: Tangkap layar Facebook
Foto: Tangkap layar Instagram
Foto: Tangkap layar Twitter

Sambutan memberangsangkan pendengar terhadap penampilan KJ itu jelas kelihatan apabila semua komen dan keterlibatan media sosial itu merekodkan 5.7 juta daripada semua platform media sosial Hot FM.

HotFM turut merekodkan peningkatan 75 peratus pendengar dalam tempoh sejam melalui penstriman langsung digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+.

Celoteh KJ juga turut meningkatkan paparan halaman unik laman web rasmi hotfm sehingga 139 peratus.

Sepanjang bersiaran bersama AG dan Johan, KJ turut mengajak pendengar berbincang mengenai pelbagai topik bermula daripada slogan ‘Menang ‘Selfie’, Kalah Undi’ di mana beliau berkongsi pengalaman tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Turut dibincangkan, tawaran kelab bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada beliau.

Rata-rata pendengar turut memberi maklum balas positif dengan memuji bakat semula jadi Khairy yang dianggap memiliki personaliti menarik dan jujur.

“This is our version of Johnny Depp Malaysia tau.”

“Rasa tak nak turun dari kereta nak dengar radio je (emoji gelak)”

Loading...
Terkini