comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Konsep pentas AJL 38 guna 90 peratus LED

 

KUALA LUMPUR: Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang bakal disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad ini bakal menyaksikan anjakan baharu dalam sejarah penganjuran.

Ini kerana, buat kali pertama di pentas anugerah ikonik yang sudah memasuki edisi ke-38 itu akan menggunakan teknologi pencahayaan Light Emitting Diode (LED) sebanyak 90 peratus.

Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues berkata, produksi berdepan beberapa cabaran, namun dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak demi pembaharuan.

“Tahun ini, cabaran kita melaksanakan konsep dan tema baharu. Konsep pentas kali ini adalah 90 peratus LED.

“Pada awalnya, kami hendak buat 100 peratus, tapi sebab isu bajet, hanya buat 90 peratus.

“Konsep LED ini kali pertama dibuat di pentas AJL dan sejujurnya, memang agak lain daripada penganjuran tahun terdahulu.

“Dari segi pentas, saiz kali ini masih sama, tapi kami lebarkan ke depan dan kelihatan lebih besar. Kemudiannya, kami juga bawakan menara tiga tingkat di sebelah kanan pentas,” katanya ditemui pada sesi raptai AJL 38 di Axiata Arena, di sini, petang tadi.

Rodrigues berkata, antara lain kelainan ditampilkan adalah kepelbagaian props persembahan yang digunakan setiap finalis.

“Istimewa AJL 38, banyak props besar dan unik digunakan untuk persembahan setiap finalis.

“Kami mengambil kira semua idea dikemukakan dan dalam masa sama, kami juga menitik beratkan soal keselamatan kerana setiap finalis mempunyai idea cukup kreatif.

AJL 38 menyaksikan pemegang takhta Juara Lagu pada AJL 37, Aina Abdul meneruskan penguasaan di pentas berprestij apabila mara ke pusingan akhir menerusi lagu ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu.

Lagu mencetuskan kontroversi, Astana nyanyian Ernie Zakri hasil ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman turut tersenarai sebagai finalis AJL 38.

Bekas juara AJL 32 dan AJL 33, Hael Husaini juga mara ke pentas akhir melalui lagu ciptaannya berjudul Bintang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini