comscore
Tumpuan :
Hiburan

Mizz Nina, Noh Didakwa Sudah Bercerai

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh didakwa sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Sebelum ini Noh menafikan keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Mizz Nina.

Menyifatkannya sebagai berita palsu, penyanyi berusia 37 itu berkata, ini kali pertama mendengar gosip sedemikian sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

Loading...
Terkini