comscore
Tumpuan :
Hiburan

Pelukan Angkasa Juara AJL-36

Lagu ‘Pelukan Angkasa’ dendangan SOG X Shila Hamzah diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Kemenangan lagu ciptaan Fazleena Hishamuddin dan Komposer, Raja Nazrin Shah melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000.

Naib Juara AJL36 menjadi milik lagu Cinta  nyanyian Marsha Milan sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Menduduki tempat ketiga ialah Haqiem Rosli dengan lagu Mimpi ciptaan beliau bersama Datuk A. Aida. Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi dan wang tunai RM30,000.

Suara penuh emosi Aina Abdul mendendangkan lagu Sepi membawa tuah apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Sementara itu bagi kategori Persembahan Terbaik pula yang membawa pulang wang tunai RM18,000 serta trofi menjadi milik Marsha Milan.

Bagi kategori Penyanyi Pilihan Popular pula dimenangi, Ainal Abdul dan Khai Bhar.

Loading...
Terkini