comscore
Tumpuan :
Hiburan

Tepuk sebelah tangan tak berbunyi – Shukri

KUALA LUMPUR: “Saya hanya berlakon sahaja,” demikian jawapan aktor pelakon Shukri Yahaya apabila mengulas perkembangan kerjaya menerusi temu bual dalam program Melodi, baru-baru ini.

Menganggap lakonan menjadi salah satu cabaran, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata, dia akan memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerjanya.

“Semua perkara dalam kehidupan dan kerjaya adalah cabaran. Saya akan cuba buat sebaik mungkin.

“Kalau kita sentiasa anggap benda itu sebagai cabaran, kita akan sentiasa buat yang lebih baik,” katanya.

Melihat kepada sesetengah anak seni yang mencipta populariti dengan kerap muncul di kaca televisyen (TV), Shukri berpendapat setiap pelakon perlu mempunyai perancangan agar penonton tidak muak.

“Kalau boleh kita kena jarakkan muka dekat TV. Jangan ‘back to back’, takut orang muak.

“Kita kena rancang. Ada perancangan, bila orang rindu, saya akan keluar,” jelas Shukri.

Baginya, dia tidak akan mencipta kontroversi hanya untuk meraih populariti, sebaliknya hanya beri tumpuan pada kerja.

Malah, beranggapan selebriti yang hanya mengejar populariti kerana kontroversi semata tidak akan bertahan lama.

“Risau, saya selalu fikir tetapi saya letak perkara itu di kemudian.

Untuk kekal relevan, saya hanya fokus dengan kerja.”Setiap kali kerja, saya akan beri, tak banyak kelainan dan dapat beri sedikit pun jadi.

“Kita punya cara untuk kekal relevan. Untuk orang mahukan kontroversi, benda yang tak baik untuk diri mereka.

“Kalau popular pun mesti tak lama. Orang akan kenal dengan kontroversi yang dilakukan.”Saya harap sampai bila-bila orang akan ingat lakonan dan sikap yang bagus. Ada segelintir manusia suka dengan manusia kurang kontroversi,” katanya.

Sering menjadi dambaan peminat wanita, pelakon drama Shakira ini turut menegaskan, dia tidak akan terpalit dengan kontroversi yang mengaitkan rumah tangganya.

“Sebenarnya, saya cuba jadi diri sendiri. Insya-Allah jauhkanlah.”Kita elak, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Minat saya kerana karakter dalam lakonan, saya sangat suka dan hargai.”Kalau suka personaliti yang sangat dihargai.

Lebih daripada itu, kalau boleh elakkan.”Saya suami orang, anak dah dua orang,” tutupnya.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 15 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menerusi perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Loading...
Terkini