comscore
Tumpuan :
Hiburan

Tidak sempat ke India untuk pembedahan pemindahan hati – Isteri Tia Jinbara

KUALA LUMPUR: “Baru sahaja menubuhkan tabung bantuan Tia bagi membolehkan pembedahan pemindahan hati dilakukan di Hospital Medanta, New Delhi, India, suami terlebih dahulu dijemput Ilahi.”

Demikian luah isteri penyanyi lagu Farhana itu Suzan Ahmad, 48, apabila suaminya yang juga bekas vokalis Kumpulan Jinbara, Tia, 53, disahkan menghidap penyakit kanser hati tahap empat.

Suzan yang juga bekas wartawan BH, tabung bantuan Tia Jinbara ditubuhkan kelmarin itu bagi mencari dana berjumlah RM250,000.

Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria menghembuskan nafas terakhir di sisi Suzan ketika sedang menerima rawatan doktor di Hospital Shah Alam, jam 9.17 malam.

“Saya tak sangka arwah pergi secepat ini. Namun, saya reda, mungkin inilah jalan terbaik buatnya daripada menanggung kesakitan.

Suzan berkata, dia juga sanggup berkorban mendermakan hatinya buat arwah suami demi kasih, sayang dan cinta tidak berbelah-bahagi.

“Arwah memang bersemangat nak sihat sebab nak tengok anak-anak terima skrol.

“Beliau menyayangi tiga anak saya menerusi perkahwinan terdahulu seperti darah daging sendiri.

Kehilangan suaminya amat dirasai kerana arwah disifatkan sebagai suami yang sangat baik selama 14 tahun hidup bersama.

Arwah dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Rabu lalu selepas mengadu sakit perut.

Selepas menjalani pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor mengesahkan Tia menghidap kanser hati.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Jalan Penghulu Abu Bakar, Klang selepas selesai prosedur hospital, tengah malam semalam dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja sebelum Zohor, hari ini.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini