comscore
Tumpuan :
Hiburan

Trump akan bertanding jawatan presiden pada 2024

Foto AFP

FLORIDA: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan akan bertanding semula jawatan Presiden yang ketiga meskipun dipalit pelbagai kontroversi luar dan dalam parti politik, Republikan.

Pengumuman terbabit dibuat beliau selepas seminggu pilihan raya pertengahan penggal diadakan di negara itu yang menyaksikan kekalahan besar Parti Republikan.

Langkah terbabit sekali gus menyaksikan Republikan kini berdepan dilema sama ada untuk mengetengahkan calon baharu mahupun bekas presidennya yang semakin kurang popular.

Trump, 76 tahun memfailkan pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan semalam

Sekiranya Trump berjaya memenangi Pilihan Raya Presiden pada 2024, beliau akan menjadi individu kedua selepas Grover Cleveland yang dipilih memimpin kerajaan dalam dua penggal berasingan.

Beliau berkhidmat sebagai presiden ke-45 AS dari 2017 hingga 2021 dan tewas kepada pencabarnya dari Demokrat Presiden Joe Biden dalam pilihan raya presiden AS 2020.

Minggu lalu Biden memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding semula jawatan presiden dan akan membuat keputusan rasmi awal tahun depan.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadual berlangsung pada 5 November 2024 – XINHUA, AFP

Loading...
Terkini