comscore
Tumpuan :
Hiburan

Zamani sudah sedar, berpindah wad biasa

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zamani Ibrahim, 51, dilaporkan sudah sedar, namun masih berada dalam pemantauan doktor selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang akibat penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, semalam.

Keadaan perkembangan terkini Zamani dikongsi oleh isterinya, Nur Juliana Abdul Rani kepada BH Online, petang ini.

Nur Juliana, 39, bersyukur suaminya sudah sedar dan kini dalam proses untuk dipindahkan ke wad biasa.

Berterima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia, Juliana bagaimana memohon maaf tidak dapat menerima kehadiran pelawat bagi memberi ruang untuk suaminya berehat.

“Suami sudah sedar dan berada di bawah pemantauan doktor.

“Saya sangat menghargai keprihatinan ahli keluarga, rakan dan peminat yang mengambil berat serta bertanya khabar,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, katanya, dia mohon kerjasama agar memberi ruang kepada suami memandangkan masih berada dalam keadaan lemah dan perlu banyak berehat.

“Seperti diketahui, ini adalah pembedahan besar, jadi mengambil masa untuk pulih. Atas nasihat doktor, suami perlu banyak berehat agar proses pemulihannya berjalan lancar,” katanya.

Katanya, dia tidak dapat menerima kehadiran pelawat dan berharap semua dapat memahami keadaan Zamani.

Terdahulu, penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari itu dimasukkan ke dewan bedah, jam 8 pagi semalam. Prosedur pembedahan mengambil masa selama tujuh jam, berakhir jam 3.15 petang semalam. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini