comscore
Tumpuan :
Info

Laluan PJ Ke Bangsar Melalui SPRINT Ditutup Mulai 29 Oktober

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Laluan dari Petaling Jaya menghala Bangsar dan Jalan Maarof melalui Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) akan ditutup sepenuhnya bermula 29 Oktober ini.

Unit Media di Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kenyataan berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja perobohan dan pembinaan jejambat sedia ada di Jalan Johar di Bangsar.

FOTO: NSTP

Justeru, dalam tempoh penutupan, semua aliran trafik menghala Bangsar akan dilencongkan.

Loading...
Terkini