comscore
Tumpuan :
Info

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 Dibuka

Lembaga Lebuhraya Malaysia (ANIH Berhad) melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan semua laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 telah dibuka.

Lorong laju di kilometer 126.3 antara persimpangan Chenor ke persimpangan Temerloh dibuka kepada lalu lintas sejak jam 4 petang tadi.

Pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu.

Untuk maklumat terkini, pengguna boleh melayari Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09-5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Loading...
Terkini