comscore
Tumpuan :
TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN PERADUAN ‘SEMANGAT MALAYSIA’
  1. PENGANJUR & SYARAT KELAYAKAN
    1. Peraduan “SEMANGAT MALAYSIA” (“Peraduan“) ini dianjur oleh Unit Berita dan Ehwal Semasa, Sistem Televisyen Malaysia Berhad yang menerbitkan “Buletin TV3” ( “Penganjur“). Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“TV3”) merupakan subsidiari/sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima Berhad (“MPB”) dan setiap kenyataan merujuk kepada Penganjur turut merujuk kepada syarikat pegangan, gabungan dan sekutunya, MPB termasuk syarikat pegangan, gabungan dan sekutunya dan syarikat-syarikat kumpulan masing-masing.
    2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga 40 tahun pada 1 Januari 2020 dan memiliki kad pengenalan (MyKad) yang sah serta bermastautin di Malaysia dan telah menghantar penyertaannya menurut Terma dan Syarat Peraduan seperti yang dinyatakan di sini (“Peserta” atau “Peserta-Peserta”).
    3. Kumpulan orang yang TIDAK layak sebagai Peserta dalam Peraduan ini adalah:
      1. Kakitangan tetap dan/atau kontrak TV3 [termasuk syarikat pegangan, gabungan dan sekutunya, MPB dan syarikat-syarikat kumpulan masing-masing], dan ahli keluarga terdekat mereka [termasuk pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik]; dan/atau
      2. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal perkhidmatan pengiklanan dan/atau promosi TV3 atau MPB dan syarikat-syarikat kumpulan masing-masing dan ahli keluarga terdekat mereka [termasuk pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik]; dan/atau
        jika Peserta atau mana-mana ahli keluarga terdekat mereka bekerja dengan penaja hadiah; dan/atau
        1. mana-mana pihak atau entiti yang terbabit secara langsung di dalam Peraduan ini dan/atau mana–mana peringkat Peraduan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada panel hakim; dan/atau
      3. Individu terbabit telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada Penganjur atau syarikat bernaung di bawah MPB menurut nilaian kemenangan dan dalam sesuatu tempoh seperti yang dinyatakan di bawah ini:-
        1. nilaian kemenangan kurang atau bersamaan Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00), penyertaan dibenarkan adalah selepas 15 hari daripada tarikh kemenangan;
        2. nilaian kemenangan di antara Ringgit Malaysia Lima Puluh Satu (RM51.00) hingga Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200.00), penyertaan dibenarkan adalah selepas 30 hari daripada tarikh kemenangan;
        3. nilaian kemenangan di antara Ringgit Malaysia Dua Ratus Satu (RM201.00) hingga Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00), penyertaan dibenarkan adalah selepas 60 hari daripada tarikh kemenangan;
        4. nilaian kemenangan di antara Ringgit Malaysia Seribu Satu (RM1,001.00) hingga Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00), penyertaan dibenarkan adalah selepas 90 hari daripada tarikh kemenangan; dan
        5. nilaian kemenangan lebih daripada Ringgit Malaysia Lima Ribu Satu (RM5,001.00), penyertaan dibenarkan adalah selepas 365 hari daripada tarikh kemenangan.
        dan kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan;
      4. individu yang telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Penganjur;
      5. seseorang ahli di dalam keluarga atau rumah individu terbabit telah memenangi sesuatu hadiah di dalam apa-apa peraduan dalam tempoh hari seperti Peraturan 3 (iii) di atas;
      6. individu yang merupakan seorang muflis.
  2. MAKLUMAT PERADUAN
    1. Kategori Peraduan
      1. Peraduan adalah terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:
        1. Kategori A: VIDEO TERBAIK, dan
        2. Kategori B: VIDEO POPULAR
      2. Kategori A: VIDEO TERBAIK
        Sepuluh (10) Penyertaan yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan panel juri yang mana pemilihan serta jumlah juri adalah tertakluk pada budibicara mutlak Penganjur (“Panel Juri Peraduan”) akan disenarai pendek oleh Panel Juri Peraduan (“Finalis”) dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bagi tempat pertama dan kedua.
      3. Kategori B: VIDEO POPULAR
        Satu (1) Peserta dengan video yang mendapat jumlah “Like” terbanyak di Facebook dan YouTube Buletin TV3 akan memenangi hadiah wang tunai.
    2. Tempoh Peraduan
      1. Peraduan ini dianjurkan di laman sosial rasmiBuletin TV3:
        1. Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official;
        2. YouTube: https://www.youtube.com/c/BuletinTV3;
        3. Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3;
        4. Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3; dan
        5. Website: http://www.buletintv3.my/
      2. dan Peraduan akan berjalan daripada 21 Ogos 2020 (Jumaat) pada jam 12.00 tengah hari dan akan tamat pada 16 September 2020 (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari (“Tempoh Peraduan“).
      3. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kesemua penyertaan bagi Peraduan (“Penyertaan Peraduan”) harus diterima pihak Penganjur pada atau sebelum 11.59 a.m, pada 21 Ogos, 2020. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 11.59 a.m. pada 21 Ogos 2020 atas sebarang sebab, akan dikira sebagai terbatal secara otomatik. Garis masa Tempoh Peraduan adalah seperti berikut:
        1. Jam 12.00 tengah hari, 21 Ogos 2020 – Peraduan dibuka;
        2. Jam 12.00 tengah hari, 16 September 2020 – Peraduan ditutup;
        3. Jam 12.59 tengah hari, 16 September 2020 – sepuluh (10) finalis akan di muat naik ke Facebook dan YouTube TV3 untuk sesi penjurian VIDEO TERBAIK dan undian “Like” bagi VIDEO POPULAR selama tujuh (7) hari;
        4. Jam 12.59 tengah hari, 23 September 2020 – Undian “Like” serta sesi penjurian ditutup; dan
        5. 24 September 2020 – Pengumuman pemenang kategori VIDEO TERBAIK dan kategori VIDEO POPULAR akan dibuat seperti yang dinyatakan di Perenggan 4.5
      4. Tanpa prejudis kepada Perenggan 2.2 (i) dan 2,2 (ii) di atas, Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak (“Tempoh Peraduan di Pinda”). Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan sepanjang Tempoh Peraduan dan/atau Tempoh Peraduan di Pinda adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Peraduan ini yang akan kekal berkuatkuasa dan diterimapakai sepenuhnya pada setiap masa.
  3. CARA MENYERTAI PERADUAN
    1. Setiap penyertaan hendaklah menepati kriteria penyertaan Peraduan berikut (“Kriteria Penyertaan Peraduan“):
      1. Peserta perlu mempunyai akaun Facebook atau YouTube yang terbuka untuk tatapan awam;
      2. Peserta perlu meletakkan tanda pagar (“hashtag) #SemangatMalaysia DAN #BuletinTV3 bagi hantaran video penyertaan di Facebook Buletin TV3: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ atau YouTube­­­ Buletin TV3: http://www.youtube.com/c/BuletinTV3­. Hanya penyertaan yang mempunyai hashtag penyertaan yang lengkap, betul dan tepat akan diambil kira;
      3. Peserta perlu melengkapkan borang Penyertaan yang boleh didapati di https://forms.gle/htBD2Km8HgRyD2629
      4. Peserta dikehendaki menghasilkan video amatur atau profesional yang mempunyai kisah realiti berhubung kait dengan “SEMANGAT MALAYSIA” yang mengandungi nilai tinggi dan positif dalam unsur patriotik, perpaduan, keamanan atau sejarah Malaysia dengan cara paling unik, kreatif dan mempunyai kandungan menarik.
      5. Durasi video antara 3 hingga 5 minit dan hendaklah dalam format HD pada Ratio (16:9), dan sekurang-kurangnya mod video 720p (1,280 x 720 px) dalam bentuk landskap (“Video Peraduan”).
    2. Dalam menyediakan Video Peraduan, Peserta perlu:-
      1. mematuhi semua peraturan dan undang-undang termasuk prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
      2. menjaga keselamatan diri ketika penghasilan video. Penganjur tidak bertanggungjawab jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada peserta;
      3. memastikan Video peraduan yang dihantar adalah asli dan belum pernah digunakan untuk sebarang pertandingan, penerbitan, dan dimuat naik pada Tempoh Peraduan serta memenuhi Kriteria Peraduan yang ditetapkan;
      4. memastikan penyertaan video yang mempunyai muzik latar menggunakan muzik bebas hak cipta untuk mengelakkan daripada Video Peraduan anda disekat oleh pihak Facebook dan YouTube di atas sebab pelanggaran hak cipta; dan
      5. Peserta perlu menanggung sebarang caj pengendali servis internet dan/atau kesemua atau mana-mana kos dan caj bagi menyertai Peraduan ini. Peserta mengakujanji serta bersetuju dan memberi jaminan bahawa:-
        1. Video Peraduan dan juga Penyertaan Peserta tidak boleh mengandungi bahan yang memaparkan unsur-unsur fitnah, provokasi, lucah, ganas, politik, berdiskriminasi (berdasarkan bangsa, agama, keturunan, ketidakupayaan fizikal, orientasi seksual atau umur), menyalahi undang-undang (contohnya pengambilan alkohol di bawah umur, penyalahgunaan bahan terlarang, dan lain-lain), menyinggung perasaan, bersifat ancaman, menghina atau berbentuk gangguan;
        2. dalam menyediakan Video Peraduan Peserta telah memperolehi semua kebenaran dan lesen daripa kesemua pihak yang berkenaan dan dengan ini Peserta telah mematuhi kesemua undang-undang, undang-undang kecil, akta serta sebarang garispanduan serta peraturan yang berkuatkuasa di Malaysia dan juga bidangkuasa lain yang berkenaan termasuk tetapi tidak terhad kjepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan undang-undang berhubung “censorship”; dan
        3. Peserta telah memperolehi kebenaran setiap individu dan/atau setiap pihak ketiga dan/atau tuanpunya atau pihak yang berhak terhadap setiap dan/atau mana-mana premis yang muncul dan/atau terlibat di dalam Video Peraduan DAN penggunaan dan/atau penyiaran Video Peraduan tersebut oleh pihak Penganjur seperti yang diperuntukkan di dalam Syarat-Syarat peraduan ini tidak akan mendedahkan pihak penganjur kepada sebarang bentuk tindakan undang-undang atau tuntutan dan Peserta dengan ini mengakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur dan pekerja-pekerjanya serta ejen-ejennya adalah dilepaskan dan dilindungi oleh Peserta berkaitan sebarang tuntutan pihak ketiga akibat daripada penggunaan dan/atau penyiaran Video Peraduan oleh pihak Penganjur seperti yang diperuntukkan didalam Syarat-Syarat Peraduan ini; dan
        4. Peserta telah mengisi semua borang, termasuk tetapi tidak terhad kepada Borang Penyertaan dengan sempurna, betul dan tepat menggunakan maklumat yang benar, dan Peserta tidak ada menyembunyikan sebarang maklumat yang diminta/diperlukan pihak Penganjur dan Peserta telah memberikan jawapan dan/atau respons yang benar dan tepat kepada semua dan/atau sebarang soalan dan/atau pertanyaan yang dikemukakan pihak Penganjur. Seterusnya pihak Peserta mengakujanji bahawa pihak Penganjur berhak, secara mutlak dan berdasarkan budi bicaranya sendiri, untuk menyingkirkan Peserta tanpa memberikan sebarang alasan dan/atau jika didapati sebarang maklumat yang diberikan pihak Peserta adalah palsu dan/atau kurang tepat dan/atau mengelirukan dan/atau Peserta telah melanggar Terma dan Syarat Peraduan ini.
    3. Penyertaan adalah percuma dan peserta boleh menghantar seberapa banyak Video Peraduan tetapi Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
    4. Sebarang penyertaan yang tidak menepati Kriteria Peraduan, terma dan syarat akan terbatal secara otomatik.
  4. PEMENANG DAN HADIAH-HADIAH PERADUAN
    1. Masing-masing satu (1) hadiah ditawarkan kepada pemenang tempat pertama dan tempat kedua kategori VIDEO TERBAIK dan satu (1) hadiah ditawarkan untuk pemenang kategori VIDEO POPULAR.
    2. Para pemenang akan menerima hadiah-hadiah berikut:-
      1. Pemenang kategori VIDEO TERBAIK:
        1. Pemenang kategori VIDEO TERBAIK:
          • Pertama: 1 x RM500;
          • Kedua: 1 x RM300
        2. Pemenang kategori VIDEO POPULAR:
          • 1 x RM200
            (selepas ini dirjuk secara kolektif sebagai “Hadiah-Hadiah Peraduan”).
    3. Pemenang Hadiah Kategori VIDEO POPULAR akan dipilih berdasarkan jumlah “Like” melalui video yang dimuat naik ke Facebook dan YouTube Buletin TV3, tempoh undian “Like” adalah selamat tujuh (7) hari (bermula Jam 12.59 tengah hari, 16 September 2020 sehingga 12.59 tengah hari, 23 September 2020.
    4. Pemenang Hadiah Kategori VIDEO TERBAIK akan dipilih oleh Panel Juri Peraduanberdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan Penganjur berdasarkan budibicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada keberkesanan mesej keseluruhan, kaedah penyampaian serta kualiti visual dan audio.
    5. Nama para Peserta yang Video Peraduannya di pilih sebagai pemenang akan diumumkan pada 24 September 2020 melalui Facebook Buletin TV3.
  5. PENGUMUMAN DAN PENEBUSAN HADIAH
    1. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau “email” pemenang berkenaan.
    2. Jika penganjur TIDAK menerima sebarang jawapan daripada pemenang dalam masa dua (2) hari bekerja selepas dimaklumkan, pemilihan pemenang berkenaan akan terbatal dan hadiah kemenangan akan dilucutkan. Penganjur berhak untuk meneruskan pemilihan semula pemenang berikutnya yang layak. Bagi tujuan Terma dan Syarat peraduan ini, “hari bekerja” merujuk kepada mana-mana hari, tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum negeri atau persekutuan di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan/atau Selangor, Malaysia.
    3. Semua hadiah mestilah dituntut dalam masa tiga (3) bulan selepas tarikh makluman iaitu sebelum atau pada 24 Disember 2020. Tiada sebarang tuntutan hadiah boleh dibuat selepas tempoh ini. Untuk urusan tuntutan, sila hubungi Cik Arda Royani Abd Rahim menerusi emel [email protected].
    4. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab dan/atau tidak mengakujanji dan/atau dipertanggungjawabkan ke atas sebarang jaminan dan/atau pembaikan terhadap dan/atau keadaan Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut dan tidak sama sekali memberi sebarang jaminan dan/atau waranti berhubung Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab dan/atau dipertanggungjawab di atas sebarang masalah dan/atau kos dan/atau kerugian berhubung dan/atau disebabkan oleh Hadiah-Hadiah Peraduan. Peserta juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang cukai, cukai berkanun, caj dan atau kos yang berkuatkuasa dan juga sebarang cukai baru yang akan diperkenalkan pada bila-bila masa yang boleh dikenakan terhadap Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut yang diberikan dan/atau diterima oleh Peserta.
    5. Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
    6. Semua keputusan yang diumumkan pihak Penganjur adalah muktamad dan tiada sebarang tuntutan atau pertikaian mengenai keputusan akan dilayan dalam hal ini.
    7. Adalah difahami bahawa Penganjur memiliki hak mutlak ke atas hadiah-hadiah yang tidak dituntut. Sekiranya pihak Peserta perlu mengambil dan/atau menerima Hadiah Peraduan, ianya boleh diambil oleh Peserta dimana-mana alamat, pada tarikh dan masa seperti yang ditetapkan pihak Penganjur. Peserta perlu mengambil Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut di alamat serta pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Jika gagal, Peserta akan dianggap sebagai telah melepaskan kesemua dan/atau mana-mana haknya ke atas Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut dan sebarang pertanyaan, rayuan dan/atau sebarang surat-menyurat mengenainya tidak akan dilayan. Penganjur tidak berada di bawah sebarang tanggungjawab untuk membuat pemberitahuan kepada para Peserta berkenaan baki tempoh masa yang tinggal untuk menuntut Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut dan Peserta bertanggungjawab secara mutlak untuk mengambil tindakan sepatutnya untuk menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
    8. Semua kos untuk tuntutan hadiah adalah tanggungjawab tunggal Peserta. Jika perlu, Peserta bertanggungjawab untuk mengatur pengangkutan ulang alik dan/atau penginapannya sendiri dan/atau menanggung sendiri segala perbelanjaan peribadi untuk menghadiri majlis pemberian hadiah dan/atau sebarang program promosi berkaitan Peraduan ini.
    9. Peserta dengan ini mengakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur dan pekerja-pekerjanya serta ejen-ejennya adalah dilepaskan dan dilindungi oleh Peserta berkaitan apa-apa tuntutan kemalangan, kecederaan, kerosakan hartabenda atau kehilangan nyawa yang berkaitan dengan penyertaan seseorang Peserta di dalam Peraduan ini untuk memenangi Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut.
    10. Di atas budi bicara mutlak Penganjur, Peserta boleh diminta untuk menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur sebagai salah satu prasyarat pemilikan Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut.
    11. Jika mana-mana Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut tidak dapat disediakan hasil daripada keadaan-keadaan yang tidak dapat dijangkakan atau dielakkan, Penganjur boleh menggantikannya dengan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang lain bernilai sama mengikut budi bicara mutlak Penganjur pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Pihak Penganjur berhak mengubah Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut tanpa memberi apa-apa makluman mengenai perubahan berkenaan.
    12. Kecuali dinyatakan sebaliknya, Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut perlu dituntut secara sendiri oleh Peserta yang Video Peraduannya dipilih sebagai Lima Video Terbaik Bulanan.
    13. Semasa menuntut hadiah, Peserta dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar Pesert sebagai contoh, antara lainnya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan pasport. Jika Penganjur memilih untuk menghantar mana-mana Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut melalui pos atau kourier, Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan jaminan penyerahan Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut melalui pos.
    14. Penganjur secara nyata melepaskan segala liabiliti dan tanggungjawab yang timbul hasil daripada kehilangan, kerosakan atau kegagalan penyerahan Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut.
    15. Dalam keadaan-keadaan tertentu dan tertakluk kepada budibicara mutlak Penganjur, Peserta boleh melantik wakil yang ditentukan untuk menuntut Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut. Kebenaran bertulis dan pengenalan diri untuk kedua-dua Peserta dan wakil hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau dipertanggungjawabkan di atas sebarang kerugian dan/atau kerosakan dan/atau masalah akibat daripada keputusan Peserta untuk menggunakan wakil bagi mengambil/menerima Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut.
    16. Risiko penggunaan/pengambilan Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut adalah di bawah tanggungan Peserta secara keseluruhannya, dan penganjur melepaskan kesemua jaminan dan tanggungjawab ke atas sebarang Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
    17. Penganjur, ejen-ejennya, penaja-penajanya, wakil-wakilnya dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya adalah tidak bertanggungjawab ke atas Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut, atau apa-apa tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul, hasil daripada atau berkaitan dengan apa-apa peraduan yang dipromosikan atau dianjurkan oleh Penganjur.
    18. Sekiranya Peserta mengambil bahagian didalam Peraduan secara berkumpulan, maka Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap cara pembahagian dan/atau perkongsian hadiah di antara Peserta-Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab memastikan setiap Peserta yang mengambil bahagian secara berkumpulan menerima bahagian masing-masing daripada Hadiah-Hadiah Peraduan.
    19. Jika Peserta enggan dan/atau memilih untuk tidak mengambil dan/atau memilih untuk menolak penerimaaan mana-mana Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut, hak Peserta tersebut akan dibatalkan ke atas Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut, dan Peserta tersebut akan dianggap sebagai telah melepaskan kesemua dan/atau mana-mana haknya terhadap Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut dan pihak penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk melakukan apa sahaja dengan Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut. Peserta dengan ini mengakujanji bahawa sekiranya Peserta memilih untuk tidak mengambil dan/atau enggan menerima Hadiah-Hadiah Peraduan tersebut, Peserta tidak mempunyai sebarang bentuk tuntutan terhadap pihak Penganjur.
  6. LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB
    1. Penganjur, syarikat-syarikatnya yang berkaitan dan bersekutu serta agensinya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
    2. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.
    3. Semua peserta bersetuju dan memahami bahawa Facebook dan YouTube tidak mempunyai sebarang penglibatan dengan Peraduan ini sama ada dari segi tajaan, atau penyeliaan. Facebook dan YouTube juga tidak terikat dengan apa-apa perjanjian dengan Penganjur dan/atau peserta Peraduan ini.
  7. HAK PENGANJUR
    1. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Setiap peserta juga bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau video-video peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan penerbitan dan/atau pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan video/sebarang muatan yang mereka telah sertakan untuk Peraduan ini. Peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
    2. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta adalah dianggap telah membaca, memahami semua terma dan syarat Peraduan ini dan mereka bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengannya (sama ada bila diubah atau berubah). Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.
    3. Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada penyakit berjangkit, epidemik, pandemik, arahan kawalan pergerakan, perintah berkurung, kuarantin dan mana-mana atau kesemua arahan, perintah, peraturan, direktif dan/atau tindak-tanduk mana-mana pihak berkuasa/Kerajaan,kebakaran, banjir, ribut, gempa bumi, mogok, keganasan, rusuhan dan sebarang salah laku.
  8. POLISI DATA PERIBADI
    1. Penganjur berhak untuk memasukkan informasi serta data berkenaan Penyertaan mana-mana Peserta ke dalam apa-apa sistem data utama untuk kegunaan dalam apa-apa perkara. Di mana Penganjur mempunyai syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas berkaitan peraduan tertentu, syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas tersebut adalah terpakai dalam keadaan di mana syarat-syarat khas tersebut adalah tidak konsisten dengan perkara-perkara am di dalam ini.
    2. Dengan menyertai Peraduan ini dan/atau menyertai Peraduan ini, kesemua Peserta mengesahkan bahawa Peserta telah membaca dan memahami Notis Perlindungan Data Peribadi yang boleh dilihat di http://www.buletintv3.my/notis-perlindungan-peribadi (“Notis”) dan Peserta bersetuju dan/atau memberi kebenaran supaya data peribadi Peserta yang diberikan kepada PWS di proses menurut terma-terma serta syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Notis tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada persetujuan serta memberi keizinan untuk penggunaan data peribadi dan butiran Penyertaan mereka oleh Penganjur bagi pengendalian Peraduan dan bagi apa-apa proses atau publisiti Peraduan dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa media.
    3. Peserta dengan ini menyerahkan hak yang tidak boleh dibatalkan kepada Penganjur (termasuk serah hak semasa untuk hak cipta masa depan) bagi seluruh hak cipta dan semua hak lain dalam apa jua bentuk dan bagi sumbangannya kepada Peraduan ini, dan ini memberikan Penganjur hak untuk menggunakan dan memanfaatkan dan memberi lesen kepada pihak lain untuk menggunakan dan memanfaatkan sumbangan tersebut menerusi sebarang cara dan dalam semua media dan format yang diketahui atau dicipta selepas ini di seluruh Alam Semesta untuk tempoh penuh hak cipta termasuk sebarang lanjutan dan pembaharuan kepadanya dan selepasnya setakat mana yang mungkin buat selama-lamanya. Tambahan lagi, Peserta dengan ini bersetuju mengenepikan semua hak beliau di bawah Akta Hak Cipta Malaysia 1987 dan sebarang pindaan atau penggubalan semula [“Undang-Undang Hak Cipta”] dan di bawah segala undang-undang serupa di mana-mana tempat di dunia yang mungkin mewujudkan hak kerana penyertaannya di dalam Peraduan untuk membolehkan Penganjur atau penaja hadiah mengambil kesempatan penuh daripada Peraduan tanpa sebarang sekatan.
    4. Tanpa menghadkan apa yang dinyatakan disini dalam apa jua cara, Peserta mengakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur berhak tanpa sebarang had masa untuk:
      1. mengubah, menyesuaikan atau membuat tambahan kepada atau pemotongan kepada Video Peraduan (dan penampilan Peserta) mengikut budi bicara dan Peserta dengan ini tanpa syarat dan tidak boleh dibatalkan mengenepikan sumbangan beliau kepada Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Video Peraduan) apa-apa dan semua “hak moral” yang ada pada Peserta pada masa ini atau pada masa akan datang termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana hak seseorang Peserta di bawah Seksyen 25 dan 25A Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana pindaan atau enakmen semula daripadanya atau mana-mana undang-undang yang sama dengan apa-apa bidang kuasa;
      2. membuat dan mengeksploitasi dan memberi kuasa kepada sebarang eksploitasi terhadap sebarang rakaman atau penampilan Peserta (termasuk tetapi tidak terhad kepada Video Peraduan) secara berasingan daripada atau sempena Peraduan di seluruh alam semesta buat selama-lamanya dalam semua media yang wujud pada masa ini atau dicipta selepas ini;
      3. mengalih suara dan/atau suara-suara yang terdapat di dalam Video Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada suara Peserta dalam apa-apa bahasa; dan/atau
      4. memasukkan dan menggunakan nama Peserta, rupa, suara, butiran biografi, gambar-gambar Peserta dan rakaman wawancara dengan Peserta secara berasingan daripada atau bersama dengan Peraduan dalam segala media dan format di seluruh alam semesta termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web yang berkaitan dengan Peraduan dan/atau dan dalam sebarang bahan pengiklanan, publisiti, tajaan dan sebarang bentuk exploitasi.

      Peserta dengan ini mengenepikan haknya, dengan cara yang tidak boleh dibatalkan, ke atas sebarang sumbangannya kepada Peraduan dan apa-apa dan semua ‘hak moral’ yang mungkin ada pada Peserta pada masa ini dan masa depan termasuk tetapi tidak terhad kepada hak Peserta di bawah Seksyen 25 dan 25A Undang-Undang Hak Cipta atau mana-mana undang-undang yang serupa di mana-mana bidang kuasa dan mengiktiraf hak Penganjur atau penaja hadiah untuk menggunakan nama, imej dan suara peserta dan sebarang butiran biografi, gambar dan rakaman beliau secara berasingan atau secara bersama dalam dalam semua media dan format di seluruh alam semesta termasuk tetapi tidak terhad kepada Peraduan dan/atau laman web berkaitan atau sebarang media dalam talian lain dan dalam bahan pengiklanan, publisiti, tajaan dan eksploitasi tanpa sebarang had masa.

      Pihak Penganjur berhak, untuk menggunakan secara sendiri dan/atau memberi hak kepada mana-mana penaja, untuk menggunakan nama dan/atau gambar Peserta sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan atau publisiti Peraduan dan Peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan dan/atau penggunaan tersebut. Peserta juga mungkin dikehendaki memberikan ulasan untuk siaran akhbar, sesi fotografi, rakaman video, menghadiri temu ramah media, muncul dalam rancangan radio dan/ atau televisyen, dan hadir di mana-mana acara pengumuman(s) dan Peserta dengan ini mengakujanji bahawa Peserta tidak berhak untuk menuntut apa-apa pemilikan atau pampasan bagi acara publisiti sedemikian.

    5. Kerahsiaan

      Para Peserta dengan ini mengakujanji dan bersetuju bahawa melainkan seperti yang dibenarkan oleh Terma dan Syarat Peraduan ini, Peserta tidak akan, dalam sebarang bentuk media dan/atau secara langsung di dalam sebarang bentuk majlis di seluruh alam semesta (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang laman web termasuk lama web sosial seperti “facebook, twitter, friendster” dan/atau laman-laman lain seumpamanya atau sebarang media dalam talian), membuat sebarang kenyataan dan/atau pengumuman berkenaan Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hadiah-Hadiah Peraduan) jika Video Peraduannya di pilih sebagai Finalis tanpa kebenaran bertulis pihak Penganjur.

      Para Peserta dengan ini bersetuju untuk, antara lain, untuk memperlakukan semua maklumat dan bahan yang diterima atau diperolehi berkaitan dengan penyertaan Peserta di dalam Peraduan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada perjalanan Peraduan, keputusan dan hasil daripada Peraduan dan/atau Peserta yang dipilih, sebagai sulit dan tidak akan mendedahkan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak ketiga. Peserta juga dengan ini mengakujanji dan waran dan janji bahawa tanpa menghadkan hak Penganjur untuk mendapatkan relif lain dari Peserta, mana-mana pelanggaran waranti dan akujanji kerahsiaan ini tertakluk kepada hak Penganjur untuk menuntut ganti rugi.

  9. AKUJANJI PESERTA
    1. Peserta dengan ini mengakujanji dan bersetuju bahawa:-

      Dengan penyertaan Peraduan, setiap Peserta bersetuju bahawa Penganjur, MPB, pekerja-pekerjanya, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarah, ejen-ejen, badan-badan atau individu-individu yang berkaitan dengannya, syarikat induk, syarikat-syarikat naungannya dan wakil-wakilnya (“Pihak-pihak Berkaitan”) adalah tidak bertanggungjawab atau menanggung untuk sebarang kerosakan, kerugian, kecederaan, hak, tuntutan atau tindakan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan Peraduan tersebut, atau hasil daripada penerimaan, penyimpanan, penggunaan/penyalahgunaan hadiah-hadiah, atau penyertaan dalam Peraduan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencabulan privasi.

      Setiap Peserta selanjutnya bersetuju bahawa Penganjur, MPB dan/atau Pihak-pihak Berkaitan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi terhadap mana-mana kelewatan penyertaan (termasuk transmisi data yang lewat), kacau ganggu, kekeliruan, ketidaksiapan, salah arah, kehilangan, kecacatan, kelewatan, kerosakan, penduaan atau selainnya yang tidak selaras dengan Terma dan Syarat Peraduan ini dan kesemuanya dipertanggungjawabkan di bawah risiko mutlak Peserta.

    2. Kecederaan dan Kerosakan

      Penaja Peraduan adalah tidak bertanggungjawab atau menanggung kerugian ke atas sebarang kecederaan atau kerosakan terhadap peserta-peserta atau mana-mana komputer individu berkaitan dengan atau hasil daripada penyertaan atau muat turun material-material yang berkaitan dengan Peraduan ini. Penganjur, MPB dan/atau Pihak-pihak Berkaitanjuga adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan, ketidakmasukan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi akibat teknikal, perkakasan, perisian atau sebarang kegagalan telefon daripada sebarang segi, kehilangan atau ketiadaaan hubungan rangkaian, kegagalan hubungan komunikasi, kegagalan server, atau kegagalan, ketidaknyataan, ketidaksiapan, ketidaktepatan, kekeliruan, atau kelewatan komunikasi elektronik yang disebabkan oleh Peserta atau daripada mana-mana peralatan atau program berkaitan dengan atau yang digunakan di dalam peraduan tersebut atau kesesakan trafik di dalam internet atau di dalam mana-mana laman web, atau terjadi akibat kesilapan manusia yang mungkin terhasil daripada pemprosesan Penyertaan Peraduan, atau mana-mana kombinasi daripadanya.

      Peserta akan menerima dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, kecederaan, penyakit, kematian, tuntutan, kemalangan atau kerosakan kepada diri mereka sendiri, kepada orang lain atau harta mereka dalam apa cara dan/atau bentuk disebabkan oleh, berkaitan atau yang dialami semasa atau berkaitan dengan Penyertaan mereka dalam Peraduan dan Penganjur tidak bertanggungjawab kepada Peserta dan/atau penjaga sah Peserta dan/atau ibu bapa dan/atau wakil sah Peserta akibat daripadanya. Para Peserta berjanji dan bersetuju untuk menanggung semua kos berhubung dengan apa-apa kecederaan atau penyakit yang Peserta mungkin alami semasa penyertaan beliau dalam Peraduan.

  10. PELBAGAI
    1. Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan sebarang isu berhubung dan/atau berkaitan dengan Terma dan Syarat Peraduan adalah tertakluk kepada bidangkuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.
    2. Peraduan ini adalah terbatal jika ianya adalah dilarang atau dihalang oleh mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara atau mana-mana undang-undang kerajaan.
    3. Peraduan ini juga adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Peraduan ini.
    4. Kelayakan-kelayakan atau halangan-halangan khas boleh diaplikasikan kepada Peraduan pada bila bila masa dan suatu pemberitahuan akan dilaksanakan pihak Penganjur melalui Facebook Buletin TV3.
    5. Terma dan Syarat Peraduan ini boleh ditukar pada bila-bila masa oleh Penganjur. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Peraduan ini, Peserta boleh menghubungi “Buletin TV3 Admin” melalui DM/mesej peribadi di medium media sosial Facebook dan/atau Instagram Penganjur.
    6. Kegagalan Penganjur untuk menguatkuasa mana-mana Terma dan Syarat Peraduan dalam apa jua keadaan tidak akan memberi sebarang tuntutan hak kepada mana-mana individu.
    7. Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Peraduan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahihan peruntukan yang lain).
    8. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta mengakujanji serta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini dan keputusan Penganjur dalam sebarang dan semua hal berkaitan dengan Peraduan ini dan Peserta mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami dan berjanji untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini.
Loading...
Terkini