comscore
Tumpuan :
Jenayah

1,300 liter diesel disita di kebun

Diesel yang di rampas KPDN dalam Ops Tiris 3.0 di Kampung Pulai, Gua Musang semalam. – Foto ihsan KPDN

GUA MUSANG: Penguat kuasa KPDN Gua Musang menyita 1,300 liter diesel dalam Ops Tiris 3.0 di Kampung Pulai di sini, semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Gua Musang, Mohd Koma Shapii, berkata dalam serbuan jam 1 tengah hari, pihaknya menahan seorang suspek berusia 28 tahun yang juga pekerja dalam sektor pertanian.

Katanya nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM53,755.

“Semasa serbuan suspek sedang memindahkan diesel dari tong atas kenderaannya jenis Toyota Hilux ke tong dram di kawasan pertanian di Kampung Pulai.

“Terdahulu suspek mengemukakan kebenaran pengawal iaitu empat permit khas untuk membeli di stesen minyak dan menyimpan minyak diesel bagi kegunaan pertanian syarikatnya,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, alamat tempat aktiviti mengikut permit adalah di kawasan Merapoh, Pahang.

Namun semasa tindakan, diesel dihantar ke Kampung Pulai, di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini