comscore
Tumpuan :
Jenayah

152 bookie Piala Dunia ditahan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 152 bookie atau punter yang terbabit dalam kegiatan pertaruhan Piala Dunia 2022 ditahan polis dalam serbuan di seluruh negara pada 19 hingga 28 November lalu menerusi Op Soga IX.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, pihaknya turut merampas nilai had kredit dalam perisian berjumlah RM3.1 juta dan RM113,140 wang tunai dipercayai wang pertaruhan.

“Tangkapan tertinggi dilakukan di Selangor dengan 38 tangkapan menerusi 36 serbuan yang dijalankan diikuti Johor (29); Pulau Pinang (18); Sarawak (15) dan Kedah (12).

“Selain itu,Negeri Sembilan (11); Kuala Lumpur (7); Sabah (6); Pahang (6); Melaka (4); Perak (3) dan Kelantan dua tangkapan,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, fokus utama Op Soga IX adalah untuk membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah sepanjang Piala Dunia Qatar 2022.

“Ia juga bertujuan menghapuskan sindiket dan individu yang bertindak sebagai bookie atau punter.

“Semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 6(3); Seksyen 6(1); Seksyen 4(1)(D) dan Sekyen 4(1) Akta Pertaruhan 1963,”katanya.

Noorsiah berkata, polis akan mengambil tindakan tegas kepada individu atau penganjur yang menjalankan pertaruhan dalam usaha menangani kegiatan perjudian.

Loading...
Terkini