comscore
Tumpuan :
Jenayah

2.1 juta batang rokok seludup dirampas

KUALA TERENGGANU: Kastam Terengganu merampas 2,100,000 batang rokok seludup selepas menahan sebuah lori di Kilometer 349.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kuala Dungun, akhir April lalu.

Pengarahnya, Mohd Nadzri Ariffin, berkata rampasan jam 12.30 tengah hari membabitkan nilai rampasan rokok berjumlah RM231,000 dengan nilai cukai berjumlah RM1,409,100 manakala jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM1,690,100 termasuk sebuah lori.

Risikan dan intipan yang dilakukan di laluan utama yang disyaki digunakan sindiket mengesan pergerakan sebuah lori mencurigakan sebelum pihak kami mengejar dan menahan bagi tujuan pemeriksaan.

Pemeriksaan menemui sejumlah rokok yang dibalut dengan plastik berwarna hitam yang disyaki barang larangan import.

“Turut ditahan seorang pemandu lori berusia 20-an dan direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

“Rokok-rokok ini dipercayai dibawa masuk ke negara ini dengan menggunakan bot gentian kaca melalui jalan laut sebelum dipindahkan ke lori untuk dihantar kepada pengedar tempatan khususnya di sekitar Pantai Timur dan Lembah Klang,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas mengenai rampasan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini beliau berkata, rampasan rokok sebanyak 2,617,560 batang bernilai RM324,099 dengan nilai cukai sebanyak RM1,757,528.

Lima kenderaan turut dirampas bernilai RM596,444 dengan nilai cukai RM929,909, mercun pula sebanyak 985.18 Kilogram bernilai RM19,710 dengan nilai cukai RM46,738 manakala kain batik sebanyak 274 unit bernilai RM7,398 dengan nilai cukai RM1,553.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini