comscore
Tumpuan :
Jenayah

2 lelaki curi kenderaan miliki pistol angin

FOTO: PDRM

KUCHING: Dua lelaki yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian kenderaan di Bintawa, di sini, 17 Mei lalu, dilaporkan turut memiliki pistol angin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 23 dan 29 tahun itu juga mempunyai sekurang-kurangnya empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh Pasukan Tindak Balas Agresif, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching selepas risikan dan pengumpulan maklumat.

“Selain selaras pistol angin, polis turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah serta sebuah kenderaan yang dipercayai hasil curi.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine atau amphetamine,” katanya.

Menurutnya lagi, suspek ditahan reman sehingga Isnin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini